Diskaun Insentif Usaha Putih Kilang Haram

SHAH ALAM-21Ogos,Kerajaan Negeri akan memberi diskaun 50 peratus sebagai insentif kepada pengusaha kilang haram yang menjelaskan bayaran premium dalam tempoh tiga bulan dalam usaha memutihkan kilang mereka.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan yang telah dibuat ini adalah usaha memutihkan kilang-kilang haram yang telah dikenal pasti dan perlaksanaan perlu dibuat pada akhir tahun ini.

“Kita telah berbincang mengenai usaha-usaha memutihkan kilang haram, kita telah buat kajian walaupon terdapat ramai pengkilang haram telah berusaha memutihkan tapi ada sebahagian besar masih lagi tidak menyelesaikan masalah ini,

Oleh sebab itu kita akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan pengilang dan ketua kampong dan pengusaha supaya dapat menerangkan apa yang kita buat keputusan dan keputusan ini dilaksanakan pada akhir tahun 2009,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVSelangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Majalis Tindakan ekonomi Negeri Selangor (MTES) di Bangunan SUK, Shah Alam pagi tadi.

Tan Sri Khalid berkata, perjumpaan akan diadakan sebanyak tiga kali di kawasan yang dikenalpasti banyak kilang tanpa lesen seperti di Kajang, Klang dan Petaling.

Katanya, secara keseluruhan hampir 2,000 kilang telah dikenalpasti di seluruh Selangor menjalankan operasi tanpa kebenaran, namun penguatkuasaan untuk mendaftarkan mereka belum dijalankan.

” Perjumpaan ini akan dilakukan untuk tempat-tempat dimana banyak pengilang-pengilang tanpa lessen berada seperti kajang, Klang, petaling, ini bukan dilakukan sekali tetapi tiga kali, tiap-tiap bulan Oktober, November, ia akan diadakan,” katanya.
Sementara itu, Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, diskaun 50 peratus bayaran premium itu adalah untuk tukar syarat tanah daripada pertanian kepada status industri.

Selain itu, keputusan telah dibuat untuk menyeragamkan syarat-syarat teknikal minima untuk kelulusan bangunan yang didirikan.

Katanya, perjumpaan akan diadakan dalam masa terdekat bersama persatuan pengilang bagi menerangkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri.

“kita bagi insentif kepada pengkilang-pengkilang atau pemilik tanah supaya mereka mengemukan permohonan mereka untuk menghalakan kilang dan juga tanah mereka, pada masa sekarang tanah mereka tanah pertanian, kita mahu mereka tukar syarat kegunaan tanah kepada pertanian kepada industri,”

“Kita juga akan menyeragamkan syarat teknikal minima di semua pbt, di seluruh negeri Selangor, sekarang setiap pbt mempunyai syarat tertentu, kita mahu semua masalah ia memberi masalah kepada pengilang itu masalah dia,” katanya.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat telah memperkenalkan satu jawatankuasa khusus untuk menyelesaikan masalah kilang haram yang sebelum ini tidak diwujudkan oleh pimpinan Barisan Nasional.

Menerusi jawatankuasa baru ini, hampir 30 peratus masalah kilang haram telah diselesaikan setakat ini dan kerajaan negeri mensasarkan tiada lagi kilang haram di negeri ini menjelang tahun 2010.

“Saya boleh katakan bahawa ini merupakan satu usaha yang awal, kita akan berusaha lagi, ini memerlukan satu tempoh masa, ia bukan satu kerja yang senang, setakat ini kita sudah 30 peratus selesai, mengikut statistik 2,300 lebih kilang haram, dan 30 peratus selesai dan kita target tahun 2010,” katanya. KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.