Hanya Utusan Malaysia Dan Berita Harian Je Yang Menjamin Keharmonian Negara! Paper Lain Menggugat La Kan?

Jangan biarkan akhbar Cina gugat keharmonian — Abdul Jalik Backer

OGOS 20 — Pandangan Datuk A. Kadir Jasin dan Awang Selamat dalam Utusan Malaysia semalam mengenai sikap tidak bertanggungjawab akhbar-akhbar berbahasa Cina di negara ini perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Dalam Negeri.

Akhbar-akhbar itu bukan sahaja perlu dipantau malah perlu diambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan etika atau didapati mengadudombakan masyarakat Cina dengan kaum lain.

Sesetengah akhbar itu terkenal sebagai pemutar belit, pelapor tidak tepat dan membuat ulasan berbaur perkauman.

Maka kerana itu ada sesetengah ahli politik yang enggan dan cuba mengelak daripada memberi kenyataan kepada media berbahasa Cina. Mereka bimbang lain yang dikatakan lain pula yang disiarkan.

Malangnya sehingga kini pemimpin politik terutamanya Umno tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas ketidakadilan atau ketidaktepatan laporan tersebut. Ada yang memberi alasan ia akan menelan kos dan masa. Malah ia juga boleh menimbulkan konflik antara pemimpin itu dengan pengundi Cina.

Sebahagian lagi mungkin tidak tahu mereka dihentam atau difitnah kerana tidak membaca akhbar berbahasa Cina.

Ada juga pemimpin yang merasakan susah untuk berurusan dengan wartawan akhbar Cina kerana kebanyakan mereka terdiri daripada "orang muda dan tidak berpengalaman".

Lebih teruk, ada di antaranya tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Akhirnya kita menjadi seperti "ayam dan itik" ketika cuba berkomunikasi.

Mungkin ada dua masalah utama akhbar-akhbar Cina ini. Pertama, daripada segi kualiti wartawan. Ramai yang tidak menguasai bahasa Melayu dan tidak fasih berbahasa Inggeris. Sebahagian pula tidak banyak pengetahuan mengenai undangundang, Perlembagaan dan pentadbiran negara. Ini menyebabkan banyak laporan berita dan ulasan mereka menimbulkan kegusaran dan kemarahan rakyat.

Mereka menimbulkan sentimen kebencian kepada pihak berkuasa kerana mereka sendiri tidak memahaminya.

Keduanya, sesetengah daripada akhbar ini hanya menyokong apa sahaja agenda yang menguntungkan kaum Cina. Justeru laporan berat sebelah dan berunsur menghasut kebencian kepada pihak berkuasa, kerajaan, Umno, Utusan Malaysia dan pemimpin Islam adalah lumrah dan satu kemestian kepada mereka.

Kita lihat sahaja serangan akhbar-akhbar ini ke atas Utusan Malaysia dan Dr Ridhuan Tee Abdullah. Selain itu, ramai lagi pemimpin Melayu dijadikan musuh kerana dilihat terlalu mempertahankan kedudukan Islam dan orang Melayu.

Saya fikir kerajaan sedia maklum masalah kebebasan sewenang-wenangnya tanpa sifat kebertanggungjawaban akhbarakhbar ini. Malangnya tindakan sukar diambil kerana mereka “dilindungi” oleh kaum Cina yang merupakan lebih kurang 40 peratus pengundi di Malaysia.

Soalnya sampai bila Kementerian Dalam Negeri ingin berlembut? Jika tiada tindakan diambil pun kaum Cina tetap menyokong DAP pada pilihan raya lalu.

Justeru keputusan atau tindakan tidak boleh mengambil kira kepentingan politik semata-mata. Fikirkan juga keharmonian negara dan masyarakat. Jangan sampai nasi jadi bubur. Kita juga mungkin perlu bertanya setelah lebih 50 tahun merdeka, mengapa akhbar-akhbar ini terus subur berbanding akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris?

Apakah kerana mereka mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu atau ini mencerminkan sikap perkauman orang Cina sendiri yang mementingkan survival akhbar kaum mereka ini? — Utusan Malaysia

No comments

Powered by Blogger.