Ini Kisah YUsri Ishak! Kehancuran TErus Menerus Untuk Umno!

Beliau seorang ahli Umno. Dan beliau juga seorang peguam dahulunya. Bukit Indera menjadi saksi mata kepada insan mulia ini. Allah swt. telah mengerakkan hatinya yang luhur untuk mendepani comotan-comotan fitnah dari tangan-tangan penzalim. Beliau dikhianati oleh rakan dan parti. Beliau teraniaya dan dianiaya. Beliau dikambing hitamkan ketika nyawanya masih berada di tubuhnya sendiri. Harapkan 'pagar', pagar makan padi.

Kenalkah anda kepada nama ini ? Insan mulia bernama Yusri Ishak ? Siapa mem'puaka'kan siapa ? Dan siapa pula selepas ini terpahat namanya sebagai 'pemuaka' paling kotor. Segalanya akan terjawab pagi ini.

Sesungguhnya ruang yang terbuka akan dihamparkan seluas-luasnya oleh Pakatan Rakyat untuk menyatakan 'kebenaran'. Dan yang palsu itu akan gugur satu-satu. Bukit Indera juga menjadi saksi telinga akan 'laba-laba ringgit' dan kesenangan duniawi, tetapi apalah maknanya jika maruah diri dicemari oleh fitnah-fitnah hitam yang sengaja diciptakan. Kini, rundingan ringgit yang jijik itu akan dibayar melalui 'amukan' kata-kata kebenaran. Pujukan ? Wang Ringgit ? Tawaran itu tidak lagi berbaloi-baloi.

Lalu, dipagi ini yang cerah, Yayasan Aman, Penanti - bakal menjadi saksi teras akan kezaliman yg diciptakan itu. Umno-BN akan terhukum lagi. Rakyat mula mengadili secara mulia. Benarkan lidahnya bersuara menyatakan kebenaran itu.

Artikel berkaitan posting ini KLIK DI SINI.

No comments

Powered by Blogger.