Jangan Menggunakan Kaedah Menangkap Lembu!
Seorang sahabat melahirkan kekejutannya melihat peristiwa pergelutan antara pegawai SPRM dengan Wong Chuan How, Pembantu Khas EXCO Selangor lewat kaca televisyen. Katanya, pergelutan begini biasanya berlaku di negara yang tidak bertamadun yang mana pihak berkuasa gemar menggunakan kekerasan.
Saya rasa bukan setakat sahabat saya sahaja yang terkejut melihat “gusti” itu, bahkan orang lain juga pasti terkejut. Sebuah negara Islam seperti Malaysia yang melaungkan-laungkan kesederhanaan tidak sepatutnya berlaku perkara begini. Tindakan kekerasan begini membelakangkan sama sekali nilai Islam.
Sekiranya Wong enggan bekerjasama, SPRM sepatutnya ada prosedur lain yang lebih profesional, bukannya main tangkap liar, mengilas tangan dan cuba menggari. Malahan, Wong mendakwa dia ditolak sehingga jatuh. Akibatnya dia tercedera. 1malaysia
Melihat pergelutan ini, teringat saya kepada peristiwa sekumpulan orang kampung menangkap lembu liar di ladang kelapa sawit. Pelbagai cara digunakan, termasuk tali dan jerat. Sebelum berjaya ditangkap, orang dan lembu separuh mati kerana kepenatan. Walaupun tidak berakal, tetapi tiada binatang yang rela nyawanya berakhir di hujung pisau. Nalurinya memberitahu bahawa kematian akan tiba, maka lembu tersebut pun meronta-ronta sehingga terbeliak biji mata mahu melepaskan diri daripada maut. Namun, usahanya gagal kerana kekuatannya tidak mampu menandingi kekuatan sekumpulan manusia.
Orang politik bukan lembu. Jadi, tidak perlu kaedah menangkap lembu liar digunakan kepada mereka.
Pergelutan ini amat memalukan kita semua. SPRM sebuah badan profesional, tetapi prosedur penyiasatannya mengecewakan sekali. Kematian Teoh masih dalam siasatan, sekarang SPRM mencipta satu lagi trauma baru.
Tindakan SPRM ini akan menjejaskan imej 1Malaysia yang sedang diperjuangkan oleh Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional. SPRM mesti mengembalikan keyakinan rakyat, bukannya menambahkan kebencian rakyat kepada kerajaan.
Oleh itulah rasanya, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull mengumumkan bahawa SPRM membekukan serta-merta semua penyiasatan terhadap ahli politik. SPRM harus mencari pendekatan baru yang lebih profesional dan sesuai dengan kedudukan orang politik selaku orang pilihan rakyat. Mengasari orang politik bermakna mengasari rakyat.
Rakyat membenci rasuah dan mereka mengharapkan pemimpin mereka bebas daripada rasuah. Oleh itu, siasatan oleh SPRM dialu-alukan tetapi dengan cara dan pendekatan yang profesional. Pendekatan yang kasar dan liar sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat.
Manakala Wong Chuan How, berkata beliau akan pergi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas pulih daripada kecederaan kakinya.
Katanya, menjadi kewajipan beliau sebagai rakyat untuk bekerjasama dengan mana-mana pegawai pihak berkuasa berhubung sebarang dakwaan.
Rakyat wajib bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkuasa juga wajib melayan rakyat dengan adil dan bertimbang rasa. Gagasan 1Malaysia akan hancur lebur seandainya rakyat tidak memberikan kerjasama, manakala pihak berkuasa pula bertindak di luar peraturan yang telah ditetapkan.

No comments
Post a Comment