Jom Solat Taraweh Bersama Dato' Seri Nizar

oleh:Cikgudin

Sebentar tadi menerima panggilan telefon daripada Encik Amran Haron,Setiausaha Politik DS Nizar meminta menyusun program DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang untuk 21 Ogos 2009.Beliau bertanya sempatkah,lalu penulis menjawab ditanggung beres.Rakyat senantiasa menanti DS Nizar.

Jadual DS Nizar kali ini di DUN Kuala Sapetang bermula dengan solat Jumaat,di Masjid Tengku Menteri,Matang.

Pada pukul 3.30 petang ,program bersama Lajnah Ekonomi Pas Kawasan di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen ,Taman Damai,Simpang.

Beliau akan menunaikan Solat Maghrib dan Tazkirah di Surau Bt 6,Jalan Changkat Jering-Simpang.

Buat sekian kalinya tradisi Ahli Parlimen Bukit Gantang yang dirintis oleh Allahyarham Haji Roslan Shaharum akan diteruskan.

DS Nizar akan menunai solat taraweh di Surau Taman Mewah serta menyampaikan tazkirah
Ramadhan.

Sehubungan dengan itu,rakyat Malaysia dijemput hadir bersama-sama untuk bersama-sama memakmurkan bulan Ramadhan,dengan solat taraweh bersama DS Nizar di Surau Taman Mewah,Kamunting.

sisibukit.blogspot

No comments

Powered by Blogger.