MBSA Sampai Sumbangan Sempena Ramadhan

SHAH ALAM-20Ogos,Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini menyampaikan sumbangan kepada 20 penduduk miskin di sekitar bandaraya ini, pagi tadi.

Sumbangan berkenaan disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor yang mengunjungi rumah-rumah penduduk miskin yang telah dikenalpasti.

“Program ini, program memberi bantuan kepada golongan yang kurang menasib baik di dewan bandaraya majlis shah alam, yang kita bagi ni kira hardcore, kita telah kenal pasti 20 penerima bantuan,berbentuk barang barang dapur dan sebagainya,” katanya.

Katanya, Kretiria penerima yang dipilih ialah melalui pemilihan yang di buat oleh ahli majlis kawasan mereka.

Ini merupakan program tahunan MBSA kepada keluarga miskin, tanpa mengira kaum di sekitar Shah Alam.

Antara sumbangan yang diberi ialah Beras, Minyak, Susu, Gula, Sardin, Laici, Biskut, Ikan Bilis, Tepung Gandum, Kurma, Bihun, Marjerin, Kicap, Sos Cili dan Teh, kesemuanya bernilai 100 ringgit.

Seorang penerima sumbangan, Leow Swee Yong, mengucapkan terima kasih atas keperihatinan pihak MBSA yang diharap mampu mengurangkan beban beliau dan adiknya.

Bapa tunggal Mohd Shariyane yang tidak boleh bekerja selepas terbabit dalam satu kemalangan motosikal, turut berbesar hati menerima kunjungan Datuk Bandar dan sumbangan yang diberikan. KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.