Menteri Petahanan Penipu? 1Malaysia Belajar Menipu Dengan Najib!

PERMATANG PAUH:Pada hari Ahad lepas, Zahid Hamidi memberitahu satu Malaysia bahawa calon BN Permatang Pasir, Rohaizat Othman, tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang dihebohkan.

Zaid memberitahu, tindakan terhadap Rohaizat diambil kerana kesalahan yang dilakukan oleh rakan kongsinya yang mengakibatkan Rohaizat diambil tindakan.

Semalam, Presiden Majlis Peguam , Ragunath Kesavan, memberitahu bahawa Majlis Peguam mengambil tindakan terhadap Rohaizat diatas kesalahan-kesalahan beliau, bukan kerana kesalahan orang lain.

Rohaizat dipecat dari Majlis Peguam mengikut Seksyen 103D, Legal Profession Act 1976 yang melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh peguam-peguam individu.

“Kesalahan itu melibatkan kesalahan peribadi dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat merupakan orang yang dituduh, bukan rakannya.”

“Rohaizat dipecat pada 27 March 2008 dan dia merayu keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi, yang menolak rayuan tersebut pada 12 Ogos 2009.” tambah beliau.

Ragunath memberitahu, kesalahan yang dilakukan oleh Rohaizat melibatkan wang kepunyaan pemegang-pemegang saham dari koperasi Pekebun Getah dan tidak ada penjelasanmengenai kehilangan wang tersebut.

“Apabila Lembaga meneliti perkara ini dan pengeluaran telah dibuat, tetapi tidak ada pembayaran balik dilakukan kepada pemegang saham yang melibatkan wang berjumlah RM140,000.00.

“Walaupun sekiranya dia membayar balik, satu kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan satu kesalahan yang serius kerana melibatkan wang kepunyaan pelanggan.”

Sekiranya seseorang itu tidak bersalah, dia tidak akan didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin dan pendakwaan yang dilakukan dibawah Seksyen 103D merupakan kesalahan jenayah. Rakan kongsi hanya akan dijatuhi hukuman sekiranya bersalah terhadap kecuaian firma guaman tersebut, tetapi Seksyen 103D adalah untuk kesalahan individu.

Sementara itu di tempat penamaan calon, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata bahawa Rohaizat layak bertanding mengikut undang-undang.

“Tidak ada kontroversi berkaitan pencalonan Rohaizat. Beliau layak untuk bertanding dan kami akan menerangkan kepada pengundi. Kita mempunyai cara untuk melakukannya. Pembangkang boleh berkata apa saja. Kami akan membuktikan bahawa tuduhan pembangkang itu satu pembohongan dan biarkan rakyat yang menghakiminya.”

No comments

Powered by Blogger.