Muhyiddin Perakui Surat Sumpah? Macam Tak Caya Jer!

Muhyiddin Minta Rohaizat Beri Kenyataan Bersumpah

BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Rohaizat Othman supaya memberi kenyataan bersumpah jika perlu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu pembatalan lesen guaman sivilnya.

Beliau berkata tindakan itu bertujuan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan kenyataan sebenar mengenai isu itu.

"Apa pun yang mustahak, kita bagi kenyataan yang betul. Saya telah bagi tahu Rohaizat bahawa kalau perlu beliau akan bagi kenyataan bersumpah untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya supaya tidak ada pihak yang menyelewengkan kenyataan," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Muhyiddin berkata beliau yakin Rohaizat tidak bersalah dan tiada tindakan undang-undang atau dakwaan pecah amanah (CBT) dibuat terhadapnya di mahkamah.

Selain itu, Rohaizat juga telah menjelaskan wang koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Bhd sebanyak RM140,000 dan pihak koperasi telah menulis surat menyatakan masalah itu telah selesai kepada Lembaga Tatatertib Peguam.

"Perkara ini telah selesai dan sepatutnya ia tidak dibangkitkan lagi dan selepas kita memberi penjelasan, biarlah pengundi di Permatang Pasir membuat penilaian terhadap Rohaizat sama ada dia benar atau tidak," katanya.

Mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peguam berhubung isu itu, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti apa agenda mereka.

"Saya tidak tahu apa agenda Majlis Peguam sebab dengan Suruhanjaya Pilihan rya (SPR) tidak ada masalah, Majlis Peguam agak terlalu sibuk sangat dengan hal ini.

"Tak tahulah kalau ada pihak lain tertentu yang menghadapi masalah seperti ini dia tidak timbulkan tapi kalau BN, mereka ambil tindakan seolah-olah menyebelahi pihak tertentu maka tentulah ada agendanya," katanya.

Muhyiddin turut membidas pembangkang yang sengaja membangkitkan isu berkenaan seolah-olah tiada salah laku atau masalah disiplin yang berlaku pada anggota mereka.

Katanya terdapat juga calon parti lawan yang dikenakan tindakan disiplin atas sebab tertentu dibenarkan bertanding pada pilihan raya dan terpilih sebagai wakil rakyat tetapi perkara itu boleh diterima oleh mereka.

Beliau berkata kesalahan yang lebih besar ialah mengeluarkan fatwa yang songsang dan menyeleweng daripada agama.

Mengenai pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata jentera pilihan raya BN amat bersemangat menggerakkan kempen-kempen di seluruh kawasan Permatang Pasir dan berharap momentumnya akan ditingkatkan dalam masa beberapa hari lagi.

Katanya dalam pertemuan dengan penduduk, soal kemudahan infrastruktur masih dibangkitkan dan kerajaan bersedia membantu dalam hal ini.

Apa yang penting, katanya, pengundi tidak terpengaruh dengan cakap-cakap pemimpin PAS, sebaliknya membuat pertimbangan yang sebaiknya.

-- BERNAMA

kena kat batang hidung baru tau rasa kan kahkahkahkah...

No comments

Powered by Blogger.