Peneroka Bandar Pandamaran minta berdialog

Peneroka Bandar di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong meminta agar pemilik tanah TPPT Sdn. Bhd. mengadakan satu dialog dengan mereka supaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Bandar Jalan Papan, Ang Mah Chye menyaran Governor Bank Negara, Zeti Akhtar Azi menunjukkan keprihatinan terhadap situasi peneroka Bandar yang menerima notis pengusiran, kerana pemilik tanah TPPT merupakan sebuah anak syarikat yang tubuh dibawah Bank Negara.

Lebih kurang 20 orang penduduk dari kedua-dua kawasan menganjurkan satu sidang media bersama Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang pada hari ini. Mereka memberi TPPT tempoh masa dua minggu untuk mengadakan dialog ini, jikalau tidak penduduk akan mengadakan tunjuk rasa di TPPT.

Peneroka Bandar Jalan Bukit Kerayong telah menerima notis pengusiran daripada pemaju pada bulan Julai 2009. Pemaju menuduh bahawa mereka menceroboh tanah punyaan pemaju.

Charles berkata, peneroka Bandar Jalan Bukit Kerayong telah tinggal di kawasan tersebut selama 70 tahun, maka mereka tidak harus dilihat sebagai penduduk setinggan dan mengabaikan sumbangan mereka dalam penerokaan tanah ini.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Exco Kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad untuk mendeksa supaya TPPT mengadakan dialog dengan peneroka Bandar ini.

Menurut beliau, tujuan penubuhan TPPT adalah untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai, membina rumah dengan harga berpatutan untuk mempromosikan pemilikan rumah, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Namun demikian, pemaju projek perumahan itu, Melati Ehsan, mengatakan projek ini akan mendatangkan keuntungan sebanyak RM150 million kepada syarikat itu. Ini jelas menunjukkan bahawa projek perumahan ini telah bercanggah dengan objektif penubuhan TPPT.

Penduduk juga menunjukkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang diberikan kepada penduduk pada tahun 1964, syarikat pemaju hanya menandatangani perjanjian pembangunan ini pada tahun 2007. Maka, adalah tidak masuk akal jika dikatakan peneroka Bandar menceroboh tanah pemaju.

*Ng Yap Hwa ialah pembantu khas kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

No comments

Powered by Blogger.