PKNS Lancar Visi dan Misi Baharu

SHAH ALAM, 11 Ogos – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan Visi dan Misi baharu serta Nilai Bersama setelah 45 tahun penubuhannya.

Majlis gilang-gemilang itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS di SACC Convec, Shah Alam malam tadi.

Pelancaran hala tuju baharu ini penting bagi PKNS terutama sekali dalam usaha membuat transformasi baru sejajar dengan perubahan dan pembaharuan yang berlaku sekarang.

Visi baharu PKNS ialah Membina Komuniti, Memperkasa Kehidupan dan Merealisasikan Impian manakala Misinya pula ialah Untuk Membentuk Persekitaran Kehidupan Yang Vibran dan Lestari Melalui Inovasi Berterusan, Perkhidmatan Yang Melangkaui Ekspektasi dan Modal Insan Yang Komited dan Kompeten.

Menurut Pengurus Besar PKNS, Othman Hj Omar, PKNS sebelum ini sudah banyak menempa kejayaan, antaranya membina 11 pusat bandar baharu, membina kira-kira 200 ribu unit rumah pelbagai jenis untuk rakyat Selangor dan membina kilang serta pejabat yang menawarkan kira-kira 400 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan luar negara.

Kira-kira 800 kakitangan PKNS dan jemputan hadir pada majlis itu.

Hadir sama pada pelancaran tersebut Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad, ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ramli. -MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.