PUASA DARI PERSPEKTIF SAINS PERUBATAN

“Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan ke atas kamu puasa sebagaimana yang telah difardukan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.” Al Baqarah 183

Atas rasa perhambaan kepada Allah Azzawajalla yang menjadikan kita, setiap perintah Allah wajib kita patuhi secara putus tanpa sebarang penta’wilan. Tetapi tidak menjadi suatu kesalahan bagi kita untuk cuba mengorek hikmat dan rahsia yang tersembunyi agar menambahkan lagi keyakinan kita terhadap kefarduan yang difardukan oelh Allah kepada hambanya.

Ramadhan bakal menjelang tiba. Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kita panjatkan kehadrat Allah atas kurnian usia dan kesihatan yang tidak ternilai. Ibadat puasa yang difardukan Allah kepada kita menarik perhatian pakar-pakar penyelidik barat untuk mengali hikmat tersembunyi di mana saya cuba paparkan dalam bentuk yang paling mudah dengan mengenepikan sementara kaedah penulisan saintifik yang biasa digunakan ketika membentangkan hasil-hasil kajian agar maklumatnya boleh dicernakan dengan mudah oleh masyarakat umum.

Puasa pada bulan Ramadhan dianggap sebagai puasa jangka pendek yang secara dasarnya adalah selamat dan tidak memudaratkan. Jurnal-jurnal perubatan mencatatkan, berpuasa dalam bentuk menghindarkan diri daripada makanan dan minuman dalam jangka pendek tidak akan menyebabkab kelemahan badan yang bersangatan. Sekiranya berlaku kematian ketika berpuasa, perlu dilihat dahulu punca-punca kematian yang selain daripada puasa dan tidak dijadikan puasa sebagai penyebab.

Kajian di dalam dunia haiwan menyebut, binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji berpendapat, menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural ke arah kesembuhan. Bukan sahaja bermanfaat bagi binatang, malah juga bagi manusia. Puasa mempercepatkan kesembuhan kerana umumnya bakteria memerlukan zat besi bagi bertindak, justeru dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan dengan ini akan melemahkannya.

Ketika berpuasa, organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini dapat membantu badan membuang segala kotoran serta toksin disamping dapat menyegarkan badan. Sejarah mencatatkan, puasa adalah kaedah rawatan tertua di dunia. Berpandukan kajian, puasa dapat menyembuhkan penyakit-penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur serta gangguan pada sistem penghadaman.

Tokoh spiritual dan pemimpin India, Mahatma Gandhi sering kali berpuasa. Begitu juga dengan ahli Falsafah seperti Plato dan Socrates.

Ujian-ujian juga mendapati, puasa mampu menurunkan paras gula dalam darah ke tahap yang rendah tanpa sebarang kemudharatan. Begitu juga dengan paras lemak dalam darah.

Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan sesuatu yang berbeza sebagai penawar kepada penyakit. Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia meransang perubahan yang melibatkan sistem metabolisme badan yang akan membantu ke arah pembersihan dan pembaikian dalam badan.

No comments

Powered by Blogger.