Sheikh Muhyiddin Al-Tantawi Minta Nik Aziz Bertaubat!

Nik Aziz perlu akui kesilapan dan bertaubat - Muhyiddin

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kesilapannya dan bertaubat selepas Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataannya tentang ajaran Islam oleh Umno tidak membawa penyokongnya ke syurga, adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan oleh jawatankuasa itu perlu diterima oleh seluruh umat Islam kerana ia berdasarkan kajian dan diperkenankan oleh Majlis RajaRaja dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) itu bukan sahaja bercanggah dengan Fatwa malah bercanggah dengan undang-undang dan hukum syarak. Sepatutnya bila sudah buat salah, kita kena bertaubat dan mengaku bahawa itu satu kesilapan serta meminta maaf kepada Allah S.W.T," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pekan Bukit Kepong dan beramah mesra dengan penduduknya di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas mengenai keputusan jawatankuasa itu yang diumumkan oleh Pengerusinya, Prof Dr Abdul Shukor Husin bahawa kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah - Majlis Fatwa

Menurut Abdul Shukor, pihaknya sudah lama membincangkan isu itu sejak 2000 lagi dan memutuskan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT.

Keputusan muzakarah itu sudah diperkenankan Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 lalu.

Muhyiddin berkata, sepatutnya semua pihak tidak mencampur aduk politik dengan hukum dan agama walaupun agama meliputi semua tetapi tidak boleh melakukan perkara yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

"Sehubungan itu saya berharap pihak yang terbabit harus faham, insaf mengenai perkara ini dan berhentilah (mengeluarkan kenyataan seperti itu).

"Perkara itu bukan pertama kali berlaku kerana sudah berulang kali sehingga Fatwa terpaksa dilakukan. Jika berlaku lagi perkara seperti itu saya berharap jawatankusa itu harus mengambil langkah sewajarnya supaya pihak yang berkenaan tidak melakukannya lagi," katanya.

Mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang menafikan mengeluarkan kenyataan berkenaan, Muhyiddin berkata, perkara itu sering dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang biasanya akan menyalahkan pihak media selepas sesuatu isu timbul termasuk isu berkaitan kerajaan perpaduan yang dilaporkan sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan Nik Abdul Aziz supaya memberikan pandangannya melalui kenyataan media terlebih dahulu bagi mengelak berlaku perkara seperti itu.

Mengenai cadangan Kementerian Dalam Negeri meminda Akta Polis 1967 bagi membolehkan perhimpunan dijalankan tanpa permit, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia menunjukkan sikap terbuka kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberi ruang kepada orang ramai untuk melahirkan pandangan.

Katanya, berdasarkan kepada perkembangan semasa, orang ramai memerlukan platform untuk meluahkan pandangan atau kritikan, namun ia perlu dilakukan dalam situasi yang terkawal.

"Ini adalah satu cara untuk memberi ruang kerana kita tak boleh sekat pandangan, mungkin ada baik juga bila ada orang bersuara secara betul dalam platform yang terkawal.

"Jadi kita tidak terlalu emosional sehingga timbul huru hara, saya tidak fikir ada rakyat Malaysia yang hendak tengok negara hancur lebur, lebih baik duduk satu tempat dan cakap apa yang mahu," katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pindaan terhadap beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 dalam membolehkan perhimpunan dilakukan tanpa permohonan permit. BERNAMA

lain kali dengar dari mulut tuan badan. jangan jadi bodoh sombonh!

No comments

Powered by Blogger.