TAMAK DAN GILA KUASA : KEADILAN LANCAR PERANG

Kapar - Parti Keadilan Rakyat melancarkan “PERANG” terhadap pemimpim-pemimpin Barisan Nasional yang tamak serta gilakan Kuasa. Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam selaku Pengerusi Penganjur “Ceramah Bersekutu Bertambah Mutu” mengumumkan demikian semasa berucap dalam program tersebut.

Manikavasagam menyindir tindakan berat sebelah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terutamanya tindakan mereka senjaga mencari kesalahan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Negeri Selangor kini dijadikan tapak peperangan oleh Barisan Nasional kerana sikap tamak dan gila kuasa mereka. Saya sendiri telah membuat berpuluh-puluh laporan kepada BPR /SPRM tapi tiada satu pun disiasat. Sebaliknya saya ditahan dan disoal siasat apabila saya membuat laporan berhubung Kampung Perapat. Tapi, dalang-dalang di sebalik perampasan tanah-tanah tersebut tidak disiasat langsung.

Tindakan Perdana Menteri serta parti pimpinannya yang sengaja mengapi-apikan setiap isu sebagai perkauman jelas menunjukkan mereka kini tersangat desak.



Saya yang dipilih oleh rakyat Kapar akan terus berkhidmat sebaik mungkin demi menjaga kepentingan setiap warga Kapar serta rakyat Malaysia secara amnya. Saya menjemput semua mengungunji Pusat Khidmat Masyarakat , Ahli Parlimen Kapar di Pekan Kapar serta Pusat -Pusat Khidmat ADUN Pakatan Rakyat serta Ahli-ahli Majlis sekiranya memerlukan bantuan. Kita bukannya seperti pimpinan Barisan Nasional. Bila meraka dapat peruntukan RM 2juta setahun, rumah serta mewah menjadi milik mereka dengan sekelip mata. Mereka tidak ada masa untuk berjumpa pengundi tetapi sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk berfoya-foya.



(Gambar menunjukkan S Manikavasagam bersama Ahli Parlimen Selayang William Leong, Ketua Cabang PKR Kapar Haji bakir bersama sebahagian penerima hadiah saguhati UPSR)

Ahli Parlimen Kapar ini juga sempat mencapaikan bantuan saguhati “Ang Pow” kepada hampir 40 orang pelajar Tahun 6 akan akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Ianya adalah sumbangan Ikhlas pimpinan Pakatan Rakyat agar mereka yang kurang berkemampuan dapat menyediakan peralatan asas untuk menghadapi peperiksaan awam.



YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang merangkap Bendahari PKR Pusat juga menyentuh hasrat Najib yang hendak merampas Selangor. Pertanyaan William “Adakah Rakyat Negeri Selangor mahukan Najib serta Kuncunya mentadbir Selangor ” di sahut dengan seruan lantang “TIDAK” daripada para hadirin.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Pelajaran cuba mengapi-apikan perasaan perkauman antara rakyat Malaysia. Kalau begini sikap Menteri Pelajaran , bayangkan bagaimana pula tahap pendidikan mereka.



Gambar : Sebahagian hadirin daripada Hampir 3,000 orang

Mereka kata mereka pejuang hak Melayu tapi lihat di Kelantan , royalti minyak berbillion ringgit di sapu habis . Penduduk negeri Kelantan adalah majoriti Melayu, jika mereka benar-benar pejuang melayu kenapa mereka sanggup menelan berbillion ringgit hak rakyat negeri Kelan tersebut. Siapa pengkhianat Melayu serta Rakyat Malaysia?

Apabila Trengganu dibawah pemerintahan PAS , royalti minyak disekat tetapi apabila Barisan Nasional memerintah projek-projek seperti “Monsoon Cup” serta Masjid Kristal bernilai berjuta -juta ringgit diberikan kepada Patrick Lim. Siapa itu ,Patrick Lim tambah Ahli Parlimen Selayang tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Dr Abd Rani menasihati orang ramai agar jangan terperdaya dengan permainan politik UMNO . Kini mereka cuba mengapi-apikan kemarahan orang Melayu dengan mempamerkan Banner-banner dengan lambang PAS yang menyebut PAS Menyokong Tindakan MBSA . Beliau meminta orang ramai yang bersemuka dengan banner -banner tersebut agar memotongnya serta menghapuskan.

Apabila mereka memerintah tidak ada sebarang tindakan diambil. Tetapi kini Dato Menteri Besar , Selangor telah mengadakan perjumpaan dengan wakil kedai-kedai Seven Eleven. Pengusaha sendiri secara sukarela telah bersetuju untuk memberhentikan penjualan bir di kedai-kedai milik mereka. Apa UMNO Buat? Mereka masih belum belajar daripada kesilapan mereka?



Turut mengegar malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Puan Rodziah Ismail yang kini dalam proses penyiasatan SPRM . Beliau menjelaskan bagaimana pihak SPRM cuba memasuki pejabatnya pada hal mereka ketahui saya menghadiri mesyuarat Exco . Mereka juga cuba menyeru pejabat saya tanpa sebarang nots, bila diminta mereka menunjukkan notis tidak berisi.

Mata mereka tidak nampak Korupsi bernilai berbillion ringgit oleh pemimpin Barisan Nasional , tapi Kereta persendirian Kepunyaan Menteri Besar nampak, RM 375,000 untuk setahun di siasat tapi RM 500,000 habis dalam masa dua bulan tidak kelihatan

Media pula tidak seimbang, apa yang mereka cakap semuanya untuk kepentingan rakyat tapi bila kita cakap semuanya tuduhan.

Dato S S Subramaniam , bekas naib Presiden MIC yang baru-baru ini menyertai PKR turut berhujah kenapa beliau mengambil langkah drastik dalam usia hampir 73 tahun. Setelah lebih dari 30 tahun bertungkus lumus bersama MIC saya mendapati MIC hanya untuk sebilangan ahli-ahli sahaja. Kalau pandai jaga hati Presiden, semuanya dapat kalau tidak hangus kita.

Walaupun, Parti Negara pimpinan Dato Onn Jaffar (Dato Kepada Menteri Dalam Negeri kini) yang menyatu padukan semua rakyat dalam satu parti kalah dengan parti perikatan dalam pilihanraya pertama, tetapi ini hasrat beliau jelas terbayang melalui Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat. Hanya Keadilan bersama Pakatan Rakyat dapat menyatu padukan Rakyat Malaysia . Lihat bagaimana Singapura tanpa apa-apa sumber kekayaan dapat maju , tambah beliau.

Perjuangan Keadilan dalam melaksanakan pentabbiran bebas daripada amalan rasuah harus diberi keutamaan. Hampir 52 tahun Barisan Nasional mahu hapusakan rasuah, tapi Khir Toyo ada Bungalow berjuta ringgit. Bukan sahaja scandal PKFZ tapi penyelewangan dalam pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan diliputi sepenuhnya. Nilai lebuhraya 2 laluan di Malaysia hampir sama dengan lebuhraya 5 laluan di Amerika.

Kuasa di tangan Rakyat, pilihlah Kerajaan yang benar-benar berjiwa Rakyat dan mahu berjasa kepada rakyat tambah beliau.


Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Zaid Ibrahim mengantikan Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim yang bergegas ke Indonesia atas jemputan rasmi.

Beliau menambah bahawa pemimpin UMNO sudah “Gila” . Sudah merampas Perak dengan pelbagai dalih kini Selangor menjadi sasaran. Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman berkata ” kita semua satu HAPPY FAMILY” tapi kini warisannya menjadikan kita bermusuhan. Setiap apa yang kita katakan jawapan dari mereka JANGAN CABAR.

Hanya mereka yang benar-benar gilakan KUASA akan menjadi panik sebegini sehingga sanggup mempermainkan isu perkauman .

Cuba lihat perhimpunan aman ANTI ISA , mereka jadikan isu besar-besar. Dia kata perniaga akan rugi. Bodoh punya orang, kalau tak ada orang , mana nak niaga. Mereka asyik suka fitnah memfitnah .

Lihat isu , Presiden MCA terima “donation” RM10juta daripada Pengerusi Back Bencher tapi semua buat tak tahu sahaja.” Itu RM10juta baru Presiden MCA , entah berapa yang lain dapat “.

Kehadiran Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyerikan lagi suasana malam ini. Walaupun jam hampir 12 tengah malam Tian Chua sempat menarik perhatian orang ramai dengan ceramah beliau.

UMNO yang semakin tertekan telah menerbitkan sebuah buku memperburukan pimpinan Dato Menteri Besar Selangor. Mengikut pandangan mereka segala bantuan kepada orang bukan melayu tidak harus di galakan. Segala kebaikan Menteri Besar Selangor kepada bukan melayu di persalahkan manakala setiap apa yang dilakukan kepada orang melayu dirahsiakan. Ini adalah cara UMNO yang sengaja dengan mengujudkan perasaan benci sesama rakyat Malaysia.

Target asal mereka untuk merampas Selangor pada Jun 09 terlepas, kini mereka letakkan bulan September 09 . Bagaimana mereka merampas Selangor ? Seperti Perak, mengertak Exco-Exco serta pegawai-pegawai mereka atau melalui pilihanraya , kita tunggu dahulu. Segalanya , hanya rakyat Selangor dapat menentukan masa depan mereka.


http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/tamak-dan-gila-kuasa-keadilan-lancar-perang/

No comments

Powered by Blogger.