Tambah 20 Peratus Ruang Niaga Bazar Ramadhan

SHAH ALAM-20Ogos, Sempena bulan ramadhan tahun ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menambah 20 peratus lagi ruang niaga di Bazar Ramadhan, sekitar Shah Alam, bermula Sabtu ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mat Noor berkata, setakat ini sebanyak 2,400 permit telah dikeluarkan untuk peniaga bazaar ramadan, berbanding tahun lepas iaitu 2,200 permit.

“Undang-undang yang sama, kita banyak tambah 20 peratus dari segi unit tempat petak, 2400 permit telah dikeluarkan,dan ada tempat baru, macam di laman putra,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan bantuan kepada golongan miskin, sempena menyambut bulan ramadhan, pagi tadi.

Sebanyak 30 lokasi penjaja, termasuk beberapa kawasan baru akan dibuka atas permintaan penduduk setempat.

Antara kawasan baru itu ialah Seksyen 8, Seksyen 7, dan Bukit Rahman Putra.

Menurutnya, MBSA akan memantau secara berkala dan akan mengambil menarik tegas dengan balik permit yang dikeluarkan, jika mendapati ia di alibabakan.

Setakat ini, semua permit peniagaan telah diserahkan kepada peniaga dan mereka dijangka memulakan operasi Sabtu ini, jika umat Islam berpuasa pada hari berkenaan.KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.