Tan Sri fahamkah apa yang Tan Sri katakan!

Pada 22 Mei 2009 YBhg Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke STAR melawat STAR, dan turut dihadiri oleh YB Dato' Hamzah bin Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang menjadi Presiden STAROBA.

Pada 22 Mei 2009 YBhg Tan Sri Datuk Hj Alimuddin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melawat STAR. Turut menjadi tuan rumah adalah YB Datuk Hamzah bin Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Beliau adalah Presiden STAROBA.




Persatuan Penterjemah Malaysia merasa bimbang terhadap 3 juta murid-murid yang menjadi mangsa PPSMI setakat ini.

Mereka ini adalah murid-murid dari luar bandar, estet dan kawasan miskin di bandar, iaitu dari golongan yang tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam keluarga. Murid-murid ini gagal mempelajari sains, gagal mempelajari matematik, dan gagal mempelajari bahasa Inggeris. Malah, statistik menunjukkan penguasaan bahasa Melayu mereka juga merosot.

Tren menunjukkan bilangan ini bertambah setengah juta setiap tahun.

Kami mahu bertanya, apakah rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyelamatkan mangsa-magsa PPSMI ini.

PPM akan membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menterjemah buku yang diperlukan, melatih penterjemah, dan sebarang keperluan lain.

Namun demikian, Persatuan Penterjemah Malaysia menerima baik keputusan memansuhkan PPSMI. Walau bagaimanapun, kami mengutuk keputusan tidak mahu mengajarkan semula sains dan matematik dalam bahasa ibunda dengan serta-mertas adalah dianggap suatu keputusan yang tidak menunjukkan sebarang keprehatinan terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa PPSMI.

Persatuan Penterjemah Malaysia percaya kita tidak mempunyai masalah guru dan buku teks seperti yang dikatakan. Oleh sebab itu ia merupakan sebuah helah sahaja.

Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia memberi amaran, iaitu melarang para guru mula menggunakan bahasa Melayu sebelum 2012. Beliau mengugut bahawa guru yang didapati berbuat demikian, akan diberi surat amaran. (Malaysiakini 19 Ogos 2009)

“Kita akan ambil tindakan terhadap guru-guru, pengetua. Dia dikira melanggar dasar,” katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya.

Ini adalah suatu tindakan yang menghairankan, malah memalukan, dan sengaja melambatkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sengaja mahu menambah PPSMI.

Malah, PPM tertanya-tanya, adakah Tan Sri mengetahui apa yang Tan Sri katakan!

http://profabdullah1.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.