UMNO Kini Hanya Mementingkan Undian Melayu Sahaja





Walaopun kini semakin menghampiri sambutan hari kemerdekaan, namum adakah kemerdekaan kali ini akan disambut dengan semangat 1Malaysia?

Najib yang melaungkan slogan 1Malaysia selepas memerintah dengan hasrat Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang harmoni, tapi nampaknya pemimpin di sekitarnya tidak sehaluan dengan beliau, mereka mula menyerang PAS dengan mengatakan PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang anti-Islam supaya dapat menarik balik sokongan Melayu terhadap PAS.

UMNO kini sudah tidak mempedulikan perasaan parti komponennya dengan memainkan sentimen perkuaman seperti mengatakan orang Melayu jangan khianat kepada bangsa sendiri, begitu juga dengan langkah UTUSAN yang memainkan peranan yang sama iaitu mempermainkan isu perkauman.

Hal ini telah memberikan gambaran yang jelas dimana kumpulan konservatif dalam UMNO menjadi semakin mendapat sambutan dan parti komponen dalam Barisan Nasional pula tidak dapat buat apa-apa tentang senario tersebut.


Editor Siasah, Zulkifli Sulong turut berpendapat tindakan UMNO kali ini adalah untuk memancing undi Melayu sahaja tanpa menghiraukan perasaan MCA, MIC dan Gerakan.

"Saya hendak bertanya, kenapa MCA, MIC dan Gerakan masih bersama UMNO walaupun nampaknya UMNO tidak lagi menghormati anda" kata Zulkifli.

Langkah-langkah UMNO untuk memainkan isu perkauman memberikan pandangan kepada rakyat umum bahawa UMNO masih tidak mahu berubah, manakala pendirian MCA dan Gerakan pula ialah memperjelaskan pendirian UMNO kepada penyokong mereka.


Pandangan yang berlainan serta polisi negara menjadikan hubungan dan interaksi antara parti komponen dalam Barisan Nasional kini menjadi semakin renggang dan apa yang dapat diperhatikan ialah Barisan Nasional sememangnya hanya ditunjangi oleh UMNO sahaja.

UMNO juga tidak lagi mementingkan undi bukan Melayu kerana mereka berpendapat dengan undian Melayu yang mereka peroleh daripada PAS, mereka juga dapat mengekalkan tampok pemerintahan mereka.

Kini, UMNO dikatakan bermuka dua, mereka dilihat seperti parti yang mengamalkan keterbukaan tetapi dalam keterbukaan tersebut, mereka sebenarnya memainkan langkah yang keras.

Contohnya seperti kes Rakyat mempersoalkan langkah SPRM yang hanya menyiasat ADUN Selangor dan akhirnya menyebabkan kematian Teoh Beng Hock, kerajaan seolah-olah menubuhkan mahkamah ikues dan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kes Teoh supaya dapat meredakan kemarahan rakyat dan melambangkan mereka adalah terbuka, tetapi mereka juga menyiasat kes ini seolah-olah kematian Teoh disebabkan beliau membunuh diri dan tiada kaitan langsung dengan cara penyiasatan SPRM.

Selain itu, UMNO telah menyerang Pakatan Rakyat Selangor dari pelbagai segi supaya mereka dapat merampas kuasa kerajaan Selangor pada bulan September, mereka melabelkan DAP sebagai parti yang anti-Melayu, anti-Islam, mereka juga melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa, akan tetapi, mereka juga mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Isu Islam yang dulunya menjadi tajuk perdebatan dan mencari populariti antara PAS dan UMNO, tetapi kali ini UMNO telah bertukar haluan iaitu menumpu kesemua perhatian pada Nik Aziz sahaja.


Zulkifli berpendapat, langkah UMNO yang menyerang Anwar dan Nik Aziz adalah kerana mereka tahu keuda-dua tokoh tersebut adalah faktor perpaduan dalam Pakatan Rakyat, sekiranya mereka mahu memecahbelahkan Pakatan, kedua-dua tokoh tersebut perlu dijatuhkan terlebih dahulu.

Nik Aziz dijadikan tokoh yang dikritik berbanding pemimpin lain dalam PAS juga disebabkan pendirian Nik Aziz yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dalam isu Kerajaan Perpaduan, kerana jelas, pemimpin lain seperti Hadi Awang, Nasarudin dan Mustafa Ali jelas lebih terpesong ke arah UMNO dalam isu Kerajaan Perpaduan ini.





Faktor lain yang menyebabkan mereka mengambil langkah tersebut adalah kerana UMNO yang mengalami kekalahan berturut-turut di Semenanjung, menjadikan kekalahan tipis di Manek Urai sebagai kemenangan mereka kerana mereka berpendapat mereka menggunakan strategi yang berkesan memainkan isu seperti Ketuanan Melayu, Isu Islam dan Institusi Diraja.

Selain itu, UTUSAN telah menjadi gerabak utama untuk strategi kali ini seperti tuduhan mereka terhadap masyarakat bukan Melayu baru-baru ini. Pendirian Muhyiddin Yassin yang menyatakan media adalah bebas dan mempunyai pandangan tersendiri seolah-olah menyetujui pendirian UTUSAN kebelakangan ini.

Kini UMNO mengambil langkah 2 muka sebagai strategi mereka iaitu menyatakan kepentingan semangat pelbagai bangsa disamping itu mereka juga memainkan isu perkauman, namum ini dilihat tidak akan membawa apa-apa faedah kepada parti komponen mereka.

Chen Rui Ping
http://www.therocknews.com/dama/local/7149.html

No comments

Powered by Blogger.