UMNO Sering Menggula-gulakan Rakyat – Ustaz Harun Taib

PERMATANG PAUH – Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata UMNO adalah parti yang hanya senantiasa membodoh-bodoh rakyat.

“Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan,”katanya ketika berucap dalam ceramah kempen pilianraya kecil DUN Permatang Pasir, di sini semalam.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu turut memberi ingatan kepada para pengundi Permatang Pasir supaya tidak terperangkap dengan tipu daya tersebut dengan berkata, “Ingat, kita jangan sekali-kali terperangkap dengan dakwaan mereka lagi,”

“Mari kita nyahkan mereka segera dan jadikan Pilihan raya Permatang Pasir sebagai medan awal untuk meruntuh kekuasaan Umno-BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang,” katanya kepada lebih dua ribu orang yang hadir mendengar ceramah di sini.
kalam perantau

No comments

Powered by Blogger.