Untungnya Jadi Pengundi Cina

Jadi orang Cina memang untung. Selain pandai mencari duit dan mengumpul kekayaan, mereka juga selalu menjadi penentu dalam pilihan raya kecil. Dalam beberapa pilihan raya kecil yang lepas, pengundi Cina dilayan seperti menatang minyak yang penuh. Masakan tidaknya kerana undi mereka mampu menentukan pemenangnya. Maka tidak hairanlah sekiranya parti yang bertanding berebut-rebut mengambil hati orang Cina.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dahulu misalnya, betapa “mewahnya” orang Cina di sana. Semua permintaan mereka diangguk oleh pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Tidak ada siapa yang berani menggeleng kepala kerana takut kalah. Pemimpin MCA dan Gerakan yang dihantar membantu kempen sebenarnya dihantar untuk tolong mengangguk kepada kepada orang Cina di sana. Semua permintaan diangguk kepala. Selain itu, banyak janji ditaburkan, tetapi sejauh mana yang telah tertunai, tanyalah sendiri kepada penduduk di sana.

Dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir kali ini sekali lagi pengundi Cina dikatakan bakal menjadi penentu. Maklumlah pengundi Cina di sana sebanyak 5,400 orang. Ini jumlah yang bukan sedikit. Kata orang, undi Cinalah yang memberikan kemenangan kepada Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman tempoh hari dengan majoriti melebihi 5,000. Siapa yang pandai ambil hati orang Cina, atau disukai orang Cina sahih akan menang dengan majoriti melebihi 5,000 juga.

Kenyanglah pengundi Cina. Semua permintaan mereka pasti akan dianggukkan kepala, bukan sekali tetapi berkali-kali. Kepada orang Cina yang ada saudara mara di Permatang Pasir, tolong peringatkan mereka kalau mahu minta pembangunan, mintalah jenis yang dapat menjamin masa depan. Kalau mahu minta jambatan, mintalah yang lebih panjang daripada yang sedia ada. Kalau tiada sungai, mintalah dikorekkan sungai. Parti yang bertanding akan bagi – sekurang-kurangnya mengangguk kepala – kerana mereka mahu menang. Kemenang di Permatang Pasir, terutamanya bagi BN lebih bernilai daripada jambatan Pulau Pinang.

Angguk kepala sahaja tanpa memegang colok atau lilin tidak mengapa. Kalau pegang lilin atau colok jangan menangguk, terutama calon PAS, nanti jadi isu lain. Hanya orang yang menyembah nenek moyang sahaja yang mengangguk kepala sambil mencekak colok yang berasap berkepul-kepul.

Kerana pengundi Cina punya pasal, kira-kira 65 peratus Ketua Cawangan UMNO di Permatang Pasir dilaporkan berkumpul di kedai kopi kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan Rohaizat Othman. Mereka makan hati berulam jantung kerana calon kesukaan mereka, Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said – yang mesra dipanggil “cikgu” – tidak terpilih.

Hebat sangatkah Cikgu Zaidi ini? Menurut sumber yang belum disahkan kesahihannya, sekiranya Cikgu Zaidi menjadi calon, beliau dijangka dapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai 5,400 orang itu. Oh, hebat kalau mampu menarik pengundi Cina. Namun, pengundi Cina ini tidak boleh ditarik dengan air liur sahaja, tetapi mesti ada ‘pertukarannya’ yang tentulah bukan sembarangan.

Walau bagaimanapun jangan pula mengabaikan pengundi lain, terutama pengundi Melayu yang jumlahnya melebihi 72.36 peratus. Semua pengundi mesti diambil kira. Pengundi sekarang tidak seperti pengundi dahulu. Pengundi dahulu pergi ‘membuang’ undi, tetapi pengundi sekarang pergi ‘menjual’ undi. Undi mereka sangat berharga. Oleh itu, tidak boleh ‘dibuang’ begitu sahaja. Cara mengambil hati pengundi sekarang tidak susah – rajin mengangguk kepala. Akan tetapi jangan mengangguk kosong. Sanggup mengangguk, mesti sanggup tunaikannya, kalau tidak, rakyat hilang kepercayaan. Jangan pula menganggukkan masjid, tetapi surau yang diberikan.

Nampaknya, calon UMNO belum apa-apa lagi sudah ada aral melintang. Benarlah kata sahabat saya yang baru pulang dari Pulau Pinang bahawa sukar, terlalu sukar untuk menafikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di Permatang Pas

No comments

Powered by Blogger.