10 Kesilapan Dalam Amalan Ramadhan
Source: binamuslim.com
Alhamdulillah kita telah berada hampir di bahagian ketiga bulan yang penuh keagungan dan keberkatan ini. Dalam menyambiut dan menghayati bulan ini, terdapat beberapa kesilapan yang boleh diteliti dilakukan oleh sebahagian umat Islam.
1. Tidak mengetahui dan menghiraukan kelebihan Ramadhan. Mereka menyambut datangnya Ramadhan sebagaimana bulan-bulan lain. Tiada peningkatan dari sudut ibadah dan tindak-tanduk melainkan sama seperti biasa. Sedangkan, Rasulullah SAW bersabda:
إذا جاء رمضان, فتحت أبواب الجنة و غلقت أبواب النار و صدفت الشياطين
“Apabila datangnya Ramadhan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Tidak menetapkan niat puasa sejak daripada malam hari. Sepatutnya apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka seseorang Muslim itu telah mula menetapkan niat puasanya. Rasulullah SAW bersabda:
من لم يبيت الصيام من الليل فلا صيام له
“Barangsiapa yang tidak menetapkan niat puasanya sejak daripada malam harinya, maka tiadalah puasa baginya.”
3. Sibuk makanan berbuka sehingga tidak mengikut (mengulang seperti sebutan muazzin) akan azan Magrib yang dilaungkan. Disunatkan bagi orang yang berpuasa dan tidak berpuasa untuk mengulang kalimah azan seperti dilaungkan oleh muazzin. Abu Sa’id al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
“Apabila kamu mendengar seruan (azan), maka hendaklah kamu berkata seperti dikatakan oleh muazzin.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. Melewatkan iftar. Disunatkan bagi orang yang berpuasa menyegerakan berbuka puasa apabila telah pasti masuknya waktu Maghrib. Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الإفطار
“Manusia itu akan terus dalam kebaikan selagimana mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5. Lalai daripada berdoa sebelum berbuka puasa dan selepas berbuka puasa. Disunatkan berdoa semasa berbuka puasa. Daripada Anas bin Malik RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
ثلاثة دعوتهم لا ترد: دعوة الوالد ودعوة الصائم ودعوة المسافر
“Tiga (kelompok) yang doa mereka tidak ditolak: doa seorang bapa (akan anaknya), doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir.” (Hadith riwayat Ahmad)
Di antara doa-doa yang ma’thur selepas daripada makan dan minum ialah:
اللهم بارك لنا فيه وأطعمنا خيرا منها
“Ya Allah berkatilah bagi kami pada makanan ini dan berikanlah kami makan daripada apa yang lebih baik daripadanya.” (Hadith riwayat Al-Tirmizi)
6. Tidak mendoakan orang yang memberikan makanan berbuka puasa. Disunatkan untuk mendoakan orang yang memberikan makanan berbuka seperti doa yang ma’thur:
اللهم بارك لهم فيما رزقتهم واغفر لهم وارحمهم
“Ya Allah berkatilah mereka pada apa yang telah engkau rezekikan akan mereka dan ampunkan mereka dan rahmatilah mereka.”
7. Tidak melaksanakan sunnah ketika berbuka puasa iaitu dengan tidak memulakan berbuka dengan rutob atau tamar atau air sepertimana disunnahkan oleh Rasulullah SAW. Kerap kali dilihat umat Islam berbuka dengan memakan apa sahaja yang ada di hadapan mereka dan melupakan sunnah ini.
8. Menyegerakan bersahur, tidak bersahur sama sekali atau hanya makan di pertengahan malam. Semua ini adalah menyalahi sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabda Baginda SAW: ثلاثة من أخلاق النبوة: تعجيل الإفطار
وتأخير السحور ووضع اليمين على الشمال في الصلاة
“Tiga akhlak kenabian (nubuwwah): mengerakan berbuka dan melewatkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika solat.” (Hadith riwayat al-Thabrani)
9. Tidak mendidik dan membiasakan anak-anak berpuasa kononnya kerana masih kecil. Disunatkan untuk mendidik anak-anak berpuasa sejak daripada kecil lagi khususnya jika mereka mampu melakukannya. Al-Rabi’ binti Mu’awwiz RA berkata:
كنا نصوم صبياننا ونجعل لهم اللعبة من العهن. فإذا بكى أحدهم على الطعام أعطيناه. ذاك حتى يكون الإفطار
“Kami melatih anak-anak kecil kami berpuasa dan membuat untuk mereka permainan yang diperbuat daripada bulu. Setiap kami mereka menangis lapar, maka kami akan memberikan permainan itu kepada mereka dan begitulah berterusan sehinggalah waktu berbuka puasa.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10. Orang yang sakit memaksa diri untuk berpuasa sehingga menimbulkan kesulitan bagi dirinya. Perlakuan ini adalah salah kerana adalah menjadi hak Allah Taala mengangkat kesulitan daripada manusia dan dilonggarkan untuk orang yang sakit untuk berbuka puasa dan kelak digantikan semula. Firman Allah Taala:
“Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat (anak) bulan, maka hendaklah dia berpuasa. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (berbuka) hendaklah digantikan pada suatu hari yang lain.” (Surah al-Baqarah: Ayat 185)
Semoga kesilapan-kesilapan ini dapat dielakkan supaya kita menghayati Ramadhan sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

No comments
Post a Comment