Andai Melayu Yang Tinggal Di Kg Buah Pala? Cuba Bayangkan Layanan BN?

8ccb4e75bfaddf464dec12494a60aa1b

1854c7fe81d92384cdb51d0e0e8de2a7

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.(Dipetik daripada web Jabatan Perpaduan Negara)

Mahkamah telah mengeluarkan arahan. Semua orang sepatutnya akur. Akan tetapi manusia kadangkala sukar menerima kenyataan. Apatah lagi apabila ada campur tangan asing. Parti politik pula hanya mementingkan “kemenangan” parti masing-masing. Permasalahan penduduk tidak akan diselesaikan seandainya parti tidak mendapat “keuntungan”. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat lebih gemar menuding jari daripada cuba menyelesaikan masalah dengan jujur.

Inilah 1Malaysia yang kita idam-idamkan. Pampasan yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Buah Pala pada mulanya berjumlah 60,000, kemudian dinaikkan kepada 200,000 ribu. Namun, penduduk menuntut 600,000.

Ramai juga orang Melayu Pulau Pinang terpaksa dipindahkan dari kampung halaman oleh kerajaan negeri terdahulu, tetapi pampasannya tidak sehebat yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Buah Pala. Beritanya tidak meluas. Tukang bising juga tidak ramai.

Cuba risik kepada penduduk asal Tanjung Tokong, Kampung Jawa dan Sungai Nibong. Berapa pampasan mereka dapat.

Andainya orang Melayu yang menjadi penghuni kampung Buah Pala, barangkali telah lama mereka “dihalau” keluar dengan sedikit pampasan. Maklumlah orang Melayu tidak ada “Hindraf” yang sanggup berkorban apa sahaja demi bangsa. Orang Melayu lebih suka menjadi “gedeber” di kalangan bangsa sendiri.

Operasi meroboh rumah penduduk Kampung Buah Pala bermula hari ini apabila syarikat pemaju – Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd merobohkan rumah pertama yang pemiliknya bersetuju untuk berpindah dari situ.

Sambil diperhatikan oleh pihak polis dan jawatankuasa persatuan penduduk, pekerja-pekerja merobohkan rumah tersebut.

Namun, kekocohan berlaku apabila terdapat sekumpulan penduduk dan Pemuda MIC menghalang kerja merobohkan rumah seterusnya. Adegan tolak-menolak, cekau-mencekau dan tolak-menolak berlaku. Malahan, kedatangan wartwan juga pada mulanya dihalang. Akibatnya polis menangkap 18 orang, termasuk empat wanita. Mereka yang ditahan termasuk peguam penduduk Kampung Buah Pala, Darshan Singh Khaira dan bakas ahli Majlis Petaling Jaya dari PKR, A Thiruvenggadam.

Beberapa orang cedera dalam kekecohan tersebut ketika anggota polis menolak benteng manusia untuk masuk ke kampung tersebut. Seorang penduduk mendakwa dipukul oleh pekerja yang merobohkan rumah. Sementara itu, ada seorang lagi mendakwa dipukul oleh anggota polis. Dalam kekecohan begitu, siapa pukul siapa pun tidak tahu.

Insiden yang menyedihkan ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak mematuhi keputusan mahkamah. Persoalannya, kenapa keputusan mahkamah diingkari? Untuk menjawab persoalan ini, kita harus berbalik kepada sejarah Kampung Buah Pala yang pada asalnya sebahagian daripada ladang rempah yang dimiliki keluarga Brown.

Tanah Kampung Buah Pala adalah antara hartanah keluarga Brown yang diamanahkan kepada penduduk atau waris pekerja ladang berkenan.

Tetapi bagaimana hartanah itu berpindah milik kepada Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang? Ini mesti bertanya kepada kerajaan negeri yang terdahulu. Ada orang mengatakan kerajaan negeri ialah pemegang amanah tanah tersebut.

Kita sedih isu Kampung Buah Pala yang meleret-leret ini belum menemukan jalan penyelesaian yang aman. Berapa orang lagi akan ditangkap sebelum kampung ini dapat dibangunkan?

sumber

No comments

Powered by Blogger.