Bonus: PAS cadang kerajaan bayar satu setengah bulan

PAS menyokong penuh tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata pemberian bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini amat wajar kerana penjawat awam semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.

"PAS melihat kakitangan awam sekarang ni cukup terbeban dengan kos sara hidup terutamanya dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Jadi pemberian bonus itu dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya nanti," Katanya kepada Harakahdaily.

PAS mencadangkan kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam sekurang-kurangnya satu setengah bulan gaji sebelum Aiilfitri bagi meringankan beban mereka.

"PAS cadang kerajaan bagi bonus minimum satu setengah bulan gaji supay mereka dapat buat persiapan raya,"ujarnya.

Isnin lalu, ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Mengikut perkiraan CUEPACS, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian.

No comments

Powered by Blogger.