UMNO TIDAK ADA DOSA?



Saudara Pengarang,

Saya merujuk kepada tulisan Jessel daripada Blog Jesselton Today yang menyatakan AMK PKR bermain politik murahan. Saya tidak faham apa ertinya politik murahan pada pandangan beliau ?

Berita yang menyatakan seorang ahli Puteri UMNO Kota Kinabalu meninggal dunia akibat perbuatannya yang menggugurkan anak secara haram bukannya suatu rahsia pada ketika dan saat ini. Bagi saya sesuatu kemungkaran itu diterbitkan bagi tujuan untuk menginsafkan masyarakat remaja hari ini yang jika kita lihat skop pergaulan mereka agak 'kebaratan' dan sukar terkawal.

Yang nyata, kes ini adalah benar dan sahih bukan omongan kosong atau 'kes yang dibuat secara sedar bagi tujuan untuk memalukan seseorang'. Ini berikutan penangkapan bidan di Indonesia yang membuat pengguguran haram tanpa berlesen itu. Mengapa dan kenapa sekiranya ianya berlaku di kalangan orang2 UMNO/BN khususnya, semua orang cepat melatah dan melenting ?



Kita harus ambil insiden ini dari sudut ikhtibar dan tauladan. Mengapa sewenang-wenangnya ahli Puteri UMNO ini menyerahkan tubuh badannya kepada orang yang bukan muhrim sehingga terhasilnya zuriat ? Ini sah dan nyata.

Berbalik kepada kes Anwar Ibrahim. Sudah terbuktikah di mahkahmah bahawasanya Anwar ini peliwat ? Sudah terserlah kebenarankah bahawasanya si Shaiful itu di perkosa oleh Anwar ? Kes ini masih dalam perbicaraan walaupun waima penduduk kampung pedalaman pun sukar untuk mempercayainya. Bukankah INI LEBIH LAYAK DI GELAR POLITIK MURAHAN UMNO/BN ?

Memang amat di perakui UMNO TIDAK ADA DOSA.. tapi yang membuat dosa adalah PENDOKONG PARTI itu sendiri yang kita dapat lihat secara terang lagi bersuluh seakan-akan kelemasan di atas daratan ekoran sokongan rakyat semakin berkurangan terhadap UMNO/BN.

Berbalik kepada kes puteri UMNO tadi. Mengapa takut menghadapi kebenaran \? Ya saya akui memang berat bagi keluarganya untuk menghadapi masyarakat dan hakikat. Tapi mengapa siasatan tidak dijalankan ? Mengapa 'orang' yang memberikan zuriat haram kepda gadis itu tidak diambil tindakan \?

Kalau sesuatu pasangan itu ditangkap khalwat, mereka akan dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mengikut Islam. Jadi mengapa teman lelaki gadis itu bebas ?

Bila ini tidak berlaku, maka sebab itulah rakyat akan menuding jari dan berkata, " sebab dia sedara Musa Aman, maka dia tidak di ambil tindakan atau sebab dia PUTERA UMNO maka dia selamat dari hukuman dunia.." Ingat hukuman dunia anda mungkin selamat tapi HADAPILAH DI AKHIRAT KELAK.

Banyak kes apabila melibatkan UMNO/BN, semua ada 'pengecualian'. Maka sebab itulah secara tidak langsung perkara sebegini telah 'MEMBUSUKKAN' UMNO/BN secara langsung. Ahli/Pemimpin UMNO mungkin tidak sedar atau 'pura-pura' tidak sedar, tapi masyarakat kini pintar untuk menilai baik dan buruk. Kalau tidak masakan kerusi BN di Kuala Terengganu jatuh ketangan PAS ?

Bila menulis atau membaca kritikan kita mesti rasional jangan sangka orang hanya tahu memburukkan UMNO/BN sahaja. Mesej disebaliknya diabaikan. Jangan sibuk menuding jari kepada orang lain, padahal kain di badan sendiri koyak rabak tidak di endahkan.

Adios...the ghani family.


Salam Hormat daripada saya,

AWANG DAMIT


sumber

No comments

Powered by Blogger.