Gombak Tubuhkan Jawatankuasa Bencana Daerah Selesaikan Isu Tapak Pelupusan Sampah Haram

SSatu jawatankuasa bencana daerah Gombak akan ditubuhkan segera bagi menangani isu tapak pelupusan sampah haram di daerah itu, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Katanya, jawatankuasa tersebut diperlukan bagi menyelesaikan masalah teknikal berkaitan tapak haram berkenaan, secepat mungkin.

“Aktifkan jawatankuasa bencana daerah yang akan dipengerusikan pegawai daerah. Dalam jawatankuasa tersebut, semua jabatan termasuk bomba, jabatan alam sekitar, jks, polis dan sebagainya bertindak khas untuk memadam tapak pelupusan tanah haram itu,” katanya.

“Untuk menyelesaikan maslah teknikal, sepertimana dapat sumber air, adakah tapak tersebut selamat atau stabil, semua jabatan dan pakar tersebut akan ambil tindakan,” katanya.

Elizabeth berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak pelupusan sampah haram Sungai Kertas, Gombak hari ini.

Katanya, jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu plan tindakan ke atas pencerobohan tanah pertanian yang dijadikan tapak pelupusan sampah, tanpa kebenaran mana-mana pihak berkuasa tempatan.

“Kita aspect satu plan tindakan akan berkuatkuasa esok pagi.

“Takkan benarkan, sebab syarat tanah itu adalah untuk pertanian, bukan untuk sampah, kena ikut syarat-syarat alam sekitar dan dikendalikan oleh MPS, dah hampir 5 tahun dan semakin besar, MPS tak mampu mengawal lagi, kerajaan negeri masuk campur untuk tangani masalah itu,” katanya.

Menurut Elizabeth, perkara ini terjadi disebabkan kedua-dua pihak iaitu kontraktor dan pemilik tanah, ingin mengaut keuntungan dengan cara yang mudah.

Notis rampasan tanah akan dikeluarkan serta merta oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pemilik tanah akan dikenakan tindakan mahkamah kerana memberi kenbenaran kontraktor menjalankan projek haram ini.

Katanya, isu ini akan dibentangkan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang akan datang.

“Isu tapak pelupusan sampah haram di Gombak sini kali pertama, sudah tentu ia akan tutup, pulihkan dan bergerak rampas tanah, bawa pemilik tanah ke mahkamah dan akan keluarkan notis rampas tanah. Saya telah cadangkan isu ini di Mtest dan akan diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Adun Batu Caves, Amirudin Shari yang turut serta dalam lawatan itu berkata, isu ini sudah berlanjutan hampir lima tahun dan pelbagai aduan diterima daripada penduduk, terutama masalah bau busuk.

Katanya, walaupun beberapa tindakan diambil, namun tapak pelupusan sampah seluas lima ekar itu, masih beroperasi menyebabkan perkara ini terpaksa dibawa penyelesaian di peringkat kerajaan negeri.

“Ini memang dah masalah lama, maknanya aduan penduduk dengan bau busuk sangat teruk dan buruk, alhamdulilah masa dah ambil alih kerajaan lepas, dah ilang bau busuk, sekarang ada satu tempat tak tutup, telah menyebabkan letupan semalam,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.