Isu Pindah Kuil Dijangka Selesai Sebelum Hari Raya
SHAH ALAM, 9 September - Kerajaan negeri Selangor akan berusaha menyelesaikan pemindahan kuil Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang menimbulkan kontroversi, sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebuah tapak baru sudah dikenalpasti sebagai kawasan yang sesuai untuk kuil berkenaan.
Perbincangan lanjut akan diadakan dengan pihak kuil bersama Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail untuk mencapai persetujuan semua pihak.
“Perkara ini akan dikendalikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, mereka akan berbincang dalam mesyuarat, dan berharap perkara ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin dan berharap sebelum hari raya ini dan menemui jalan penyelesaian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Terdahulu, Tan Sri Khalid turut meninjau beberapa kawasan dalam usaha menyelesaikan pemindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke lokasi yang lebih sesuai.
“Saya telah melihat beberapa tapak itu, kita adalah maklumat tentang tapak itu, tapi untuk samada tapak itu boleh digunakan ntuk pemindahan kuil itu, kita telah meminta datuk Bandar, Yb Khalid, dan Yb rodziah adun Batu Tiga…untuk mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kuil seksyen 19 supaya satu persetujuan dapat dilakukan, dan saya serahkan kepada budi bicara mereka supaya dapat menyelesaikan isu ini,” katanya.
Menurut Tan Sri Khalid, proses ini akan dilakukan berperingkat-peringkat untuk mengkaji dan berbincang agar tapak baru itu tidak menimbulkan masalah kepada penduduk sekitarnya.
Katanya, kerajaan negeri prihatin untuk mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai.
“Kita akanb ada beberapa peringkat, peringkat yang pertama, kalaupun lepas itu setuju atau tidak setuju akan dikemukakan kepada exco negeri, dan jika exco negeri setuju, dan barulah ada dikatakan pendengaran awam, jadi perosesnya berperingkat, bukan satu saja,” katanya.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment