Makhamah Malaysia Mainan UMNO!
Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan status penyingkiran V Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.
Perkara itu diputuskan oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker lantikan BN, Datuk R Ganesan semalam.
Pada 15 Mei lalu, Sivakumar memfailkan saman terhadap Ganesan memohon ganti rugi keatas serangan dan kecederangan serta penahanan tidak sah ketika sidang Dun itu.
Dalam kejadian 7 Mei itu, sekumpulan polis menyerbu masuk Dewan Undangan Negeri, mengheret dan mengurung Sivakumar di dalam sebuah bilik sementara adun-adun BN melantik Ganesan sebagai speaker baru.
Dalam permohonannya, Sivakumar mahu mahkamah menghalang Ganesan atau agen-agennya dari menghalang tugasannya sebagai Speaker yang sah.
Menjawab permohonan ini, Hakim Azahar dalam penghakiman beliau berkata mahkamah sebenarnya tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang Dun Perak 7 Mei lalu.
Mahkamah mengganggap sidang 7 Mei itu telah dijalankan secara sah dan demikian itu mahkamah tidak boleh mencampuri urusan perjalanan dewan mengikut Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan.
“Sebarang perkara yang dibangkitkan berhubung pemecatan atau perlantikan Speaker dalam sidang dun perlu dikaji, dibincang dan diselesaikan di dewan berkenaan,” kata Hakim Azahar ketika menyampaikan keputusan.
Ketika diminta mengulas keputusan ini, Sivakumar berkata beliau terkejut dengan pendirian mahkamah.
“Sebelum ini, saya telah memfailkan dua kes mahkamah terhadap Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Lantikan BN) dan enam exconya, serta terhadap tiga ‘katak lompat’. Dalam dua kes ini saya telah merujuk kepada Perkara 72 Perlembagaan,” kata Sivakumar.
“Dan dalam dua kes ini juga peguam mereka telah membantah, dan mahkamah memihak kepada mereka. Dalam kes sekarang ini, Perkara 72 Perlembagaan digunakan terhadap saya dan mahkamah pula mengiktiraf imuniti dewan dari badan kehakiman. Saya amat keliru dengan pendirian bertukar-tukar ini,” kata Sivakumar.
Peguam mewakili Speaker lantikan BN, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dewan mengikut Perkara 72 Perlembagaan.
Firoz dalam hujahnya berkata mahkamah harus menghormati pemisahan kuasa antara Eksekutif dan Kehakiman, serta Legislatif dan Kehakiman.
Firoz juga mendakwa permohonan Sivakumar ini adalah supaya mahkamah mengiktiraf status sah beliau sebagai Speaker, yang menurut Firoz bukan berada di bawah bidang kuasa mahkamah.
Hakim Azahar bersetuju dengan penghujahan ini. - speakforperak.blogspot.com/

No comments
Post a Comment