Kami Sedia Pindah Ke Tapak Baru Kuil: Penganut Hindu
Seorang wakil penduduk dan juga ahli majlis MBSA, K.Uthayasoorian berkata, mereka bersedia berpindah ke lokasi lain namun meminta isu ini tidak dipolitikkan pihak tertentu.
Ini kerana, katanya kerjasama penduduk Melayu di kawasan itu adalah baik dan mereka boleh bertoleransi mengenai masalah yang berlaku.
“Ramai penduduk di kawasan itu bertimbang rasa dengan baik, dan kami akan berbincang jika terdapat masalah, namun sekarang ini kecoh-kecoh berlaku kerana campur tangan orang politik, ada yang meracuni, menghasut, kami orang biasa, boleh bincang, tengok apa masalah tapi bila mereka diracuni, jadi mereka ragu-ragu,” katanya.
Menurutnya, mengenai tapak baru di seksyen 23 yang akan menempatkan kuil itu, kerajaan negeri belum mengadakan perbincangan secara rasmi dengan jawatankuasa kuil dan mereka belum melihat tapak baru tersebut.
“Itu tapak baru yang lagi satu, itu yang penting, tapak baru yang dikenalpasti oleh menteri besar dan MBSA dan PKNS, kita belum tengok lagi, dia kata ada satu tapak dekat kawasan perindustrian baru, tetapi kita kena sendiri pergi tengok kawasan itu.
“Kita nak tau plot mana yang dikenalpasti, plot mana tak pasti lagi, ini akan menjadi masalah.
“Kalau kawasan plot yang diberi itu sesuai untuk membina satu kuil, juga kawasan itu sesuai untuk penganut mengunjungi dengan selesa, takde masalahlah, jadi kita kena tgk dulu mana plot yang dicadangkan oleh PKNS dan MBSA,” katanya.
Jelasnya, perkara ini timbul apabila pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak menghiraukan kewujudan kuil disitu yang sudah wujud 106 tahun terdahulu sebelum merdeka.
Katanya, selepas PKNS di tubuhkan dan untuk membina kawasan perumahan, mereka tidak nyatakan terdapat sebuah kuil hindu dikawasan itu, dan ini menyebabkan penduduk sendiri tidak mengetahui tentangnya sehingga pembinaan perumahan selesai.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment