Isa Samad Mula Tertekan Akibat Tindakan Muhyiddin? Mula Keluarkan Kenyataan Angkat diri Sendiri!
Isa yakin BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang
SEREMBAN 10 Sept. — UMNO Bahagian Telok Kemang yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang memandangkan UMNO berada dalam keadaan cukup stabil di kawasan Telok Kemang khususnya di Bagan Pinang.
Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, UMNO Bagan Pinang mempunyai 12 cawangan dan kesemua cawangan itu tiada menghadapi masalah besar.
“Saya lihat dari segi semangat, ’mood’ orang UMNO termasuk rakan parti komponen BN begitu tinggi sekali. Saya yakin pilihan raya kecil kali ini menjadi medan BN memulakan momentum kemenangannya.
“Kita ingin menamatkan siri-siri kemenangan yang dibuat oleh pihak pembangkang pada pilihan raya kecil sebelum ini dan kita berharap dapat memulakan pula siri kemenangan bagi pihak BN di pilihan raya kecil kali ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan di Wisma UMNO di sini, hari ini. - Bernama

No comments
Post a Comment