Kena Hentam Baru Nak Menafikan? Teruknya Najib Rosmah Altantuya

Jualan Kepentingan Sime Darby Kepada China Hanya Spekulasi, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan akhbar yang menyatakan kerajaan merancang menjual sehingga 10 peratus ekuiti Sime Darby Bhd kepada China adalah "semata-mata spekulasi" pada masa ini.

"Sime Darby adalah sebuah syarikat senaraian awam, (jadi) kami tidak membuat kenyataan awal berdasarkan spekulasi. Kita tidak mendahului sebarang keputusan," katanya.

"Sebaik keputusan dilakukan, kita akan umumkannya," katanya semasa diminta mengulas laporan akhbar bahawa Malaysia menawarkan China kepentingan di dalam konglomerat Sime Darby selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini Jumaat.

Laporan itu berkata ini merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk menjual kepentingannya di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sime Darby adalah salah satu daripada syarikat kelapa sawit terbesar di dunia, di mana pemegang saham majoritinya termasuk Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.