MALINDO : Satu Rumpun

ketua pemuda pas pusat


1. Satu langkah yang berkesan dan segera mesti diambil oleh kedua - dua buah negara agar tidak tercetus konfrantasi antara dua buah negara ini . [ Malaysia - Indonesia ]

2. Pihak berwajib dari kedua - dua buah negara mestilah segera memadam api kebencian yang dicetus oleh pihak yang tidak bertanggungjawab . Mereka hanya mengaut keuntungan dari kemusnahan akibat api kebencian yang dinyalakan .

3. Kesan dari konfrantasi yang cuba diletuskan ini sangat merbahaya dan mendorong persengketaan panjang yang sukar dibendung kelak antara dua buah negara yang berjiran .

4. Indonesia mempunyai warga Malaysia yang bekerja , menuntut ilmu dan berurusniaga di sana sebagaimana Malaysia juga mempunyai warga Indonesia yang bekerja , menuntut ilmu dan berurusniaga di sini . Tanpa tindakan berkesan dan pantas untuk memadam api persengketaan ini adalah dibimbangi tercetusnya satu musibah yang meranapkan hubungan antara dua buah negara dan ia merugikan semua pihak .

5. Indonesia dan Malaysia adalah dua buah negara ummat Islam yang boleh disifat serumpun kedudukannya . Justeru itu selesaikan masaalah yang tercetus dengan semangat satu rumpun , semangat kejiranan dan semangat setiakawan yang telah terjalin sejak sekian lama .

6. Program usahasama yang boleh kembali mengeratkan hubungan antara dua negara berjiran ini mesti dilakukan segera sementara media di kedua - dua buah negara mestilah memainkan peranan dengan tidak lagi membesarkan api kebencian sebaliknya mendidik masyarakat masing - masing dengan akhlak dan moral yang tinggi serta mempunyai pemikiran matang dan dewasa .

7. Tiada siapa yang untung dari kebencian yang meletus sesama kita kecuali mereka yang hanya menanti peluang untuk menangguk di air keruh akibat tercetusnya permusuhan antara dua buah negara yang sepatutnya

8. Pegawai diplomatik dari kedua - dua negara mesti segera mencari formula untuk menghentikan " bom jangka " ini , disamping itu saya mengharapkan seluruh ummat Islam yang cintakan kebenaran dan keamanan dapat mengadakan solat hajat agar Allah swt mengekalkan keamanan dan menjauhkan sebarang perkara yang tidak diingini . Sekaligus mematahkan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab mengkhianati keharmonian dan kedamaian yang dikecapi oleh dua buah negara sejak sekian lama .

9. Sungguhpun dilihat api ini masih kecil tetapi harus diingat , selagi namanya api biarpun kecil mestilah dikawal dan dibendung sebelum kelak ia merebak dan membinasakan .

10. Saya juga mengharapkan agar Gerakan - gerakan [ NGO atau badan politik ] Islam yang ada di Malaysia dan Indonesia dapat memainkan peranan mendidik masyarakat dan meredakan ketegangan yang sedang marak hari ini . Semoga rantau ini kembali selamat . Semua pihak mesti insaf betapa sukarnya mahu bangkit kembali selepas kemusnahan dan bencana yang menimpa rumpun ini dalam konfrantasi yang meletus dalam sejarah silam .

No comments

Powered by Blogger.