Korban gempa di Indonesia terus meningkat
CIKANGKARENG: Korban gempa bumi di Indonesia terus meningkat semalam, dengan sekurang-kurangnya 57 orang maut, sedang pekerja penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan lebih banyak mangsa.
Lebih 400 orang dilaporkan cedera dan dirawat di hospital. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono, berkata 10 mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Berpuluh penduduk dilaporkan hilang akibat tanah runtuh yang menimbuskan rumah apabila gempa bumi 7.0 pada skala Richter itu melanda Jawa Barat petang kelmarin.
Gempa itu berpusat di kira-kira 142 kilometer ke barat daya Tasik Malaya, pada kedalaman 30 kilometer di dasar laut. Ia menyebabkan lebih 18,900 bangunan mengalami kerosakan.
Kebanyakan mangsa maut akibat terkena serpihan tembok dan atap bangunan yang melayang.
Kampung Cikangkareng di daerah Cianjur Selatan dilaporkan teruk dilanda tanah runtuh sehingga berpuluh rumah tertimbus lumpur dan batu. Sekurang-kurangnya 12 mayat penduduk ditemui di daerah itu dan usaha mencari 50 yang lain yang dikhuatiri terperangkap masih dijalankan.
Seorang penduduk kampung, Apudin, 61 tahun, berkata beliau sedang berjalan di kaki lima apabila nampak kejadian tanah runtuh sejurus selepas gempa itu berlaku.
'Ia berlaku terlalu pantas. Kami semua panik dan cuma ingat untuk selamatkan diri masing-masing,' kata beliau.
Lebih sedozen rumah dan sebuah masjid dilaporkan tertimbus di kampung itu.
'Ramai anak kami tertimbus ekoran tanah runtuh. Kami perlukan makanan, kami tidak mempunyai makanan,' kata seorang penduduk kampung, Rohim.
Seorang lagi penduduk kampung, Agus Ibro, 34 tahun, berkata usaha mengeluarkan mangsa sukar kerana mereka hanya dapat menggali menggunakan tangan.
'Dua mesin pengorek dilaporkan akan dibawa ke sini. Kami berharap dapat mengeluarkan lebih banyak mayat hari ini,' kata beliau.
Menurut Agus, antara mayat yang ditemui sejauh ini ialah mayat ketua kampung di situ.
'Kami hanya menjumpai kaki kirinya tetapi anggota keluarganya telah mengesahkan itu memang kakinya,' kata Agus.
Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, melawat kampung itu semalam untuk meninjau kerja-kerja menyelamat.
Kematian turut dilaporkan di Bandung, Tasik Malaya, Garut, Bogor, Sukabumi dan Ciamis.
Sehingga 200 mangsa gempa dari Ciwidey dan Pangalengan di daerah Bandung telah dimasukkan ke hospital Al-Ihsan. Sebahagian besar mereka mengalami patah tulang atau kecederaan di kepala.
Hospital itu terpaksa mendirikan khemahkhemah sementara di pekarangannya untuk menampung mangsa memandangkan bilangannya melebihi kapasiti hospital itu.
Menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan, 5,300 penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan. / Agensi

No comments
Post a Comment