ONG TEE KEAT TIDAK AKAN DIDAKWA?
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN
MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, hari ini disoal lebih tiga jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan beliau menerima RM10 juta daripada kontraktor projek siap guna.
Satu prosedur yang cantik dari SPRM. Nampak SPRM sudah betul-betul berkecuali di mata rakyat. Tengok sahajalah SPRM sudah betul-betul berani panggil Menteri Kanan Kabinet Najib, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk disoal siasat pasal rasuah RM10 juta dari kontraktor Port Klang Free Zone.
Malam nanti keluar dalam TV3 satu Melayu, satu Cina dan satu India, macam iklan Bank Rakyat serentak berkata, " Wahh bagus SPRM, saya mesti percaya SPRM buat kerja betul pada BN".
Kes dikatakan rasuah RM10 juta untuk Presiden MCA itu, satu kes yang berprofil tinggi itu mungkin sahaja dipanjang-panjangkan untuk disejuk-sejukan entah sampai berapa lama. Kalau sampai pada mahkamah pun rakyat sudah jangka keputusannya. Keputusan ‘win-win situation’.
Banyak kes jenayah rasuah yang kita tahu terbiar begitu sahaja seperti kes rasuah politik Mohd. Ali Rustam dan Khairi Jamaluddin tapi malangnya kes Datuk Norza terlepas pandang untuk dihalang atau Datuk Norza memang dirancang nasibnya begitu. Kes dua ADUN bebas diPerak dituduh rasuah. Tapi kes itu tidak di ‘high light’ lagi walaupun bicara diadakan secara ala kadar sambung-sambungan.
Para pemimpin UMNO sekarang tidak perlu PRU-13 cepat-cepat. Tanpa PRU pun UMNO boleh bentuk Kerajaan, kerana UMNO sudah punya formula baru, ikut formula di Perak. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sudah kata dengan SPR sewaktu Speaker Negeri Kedah member tahu SPR bahawa Kota Siputeh Kedah ada kekosongan DUN untuk diadakan PRK. Kata Muhyiddin Yassin pada SPR ikut formula Negeri Perak, tidak perlu adakan PRK. Maka PRK pun SPR tidak perlu adakan.
Hari ini semua mata mesti pandang ke Selangor. Sudah ada usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor, perancangan pada 31 Ogos yang lalu Kerajaan Selangor mesti bertukar tuan. Entah apa bala yang datang maka teknik perancangan itu mengundang malapetaka.
Selagi masih hidup, sama-sama kita menyaksikan tayangan perdana di TV3 pelaku-pelaku politik negara berlakon dalam arena politik Malaysia. Kita tinggalkan sahaja kes rasuah main-main dari cerita Ong Tee Keat yang kesudahannya semua cerita baik-baik belaka, sama seperti 81 dalil Jeffrey Kitingan terhadap Musa Aman yang diklasifikasikan sebagai ‘No Case To Answer’. Apa yang perlu, kita cuma menontonnya tidak boleh buat apa-apa, kerana kita bukan pelakonnya!.
No comments
Post a Comment