Musim Pemimpin PAS Menang Makhamah!

Musim para pemimpin PAS menang saman nampaknya semakin ketara kebelakangan ini. Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menang samannya ke atas kerajaan dan polis.

Kerajaan bersetuju untuk membayar kepada beliau sebanyak RM50,000 sebagai gantirugi kerana menahan beliau di bangunan Parlimen 11 Julai tahun 2007 lalu.

Persetujuan itu dirakamkan di hadapan Hakim Mahkmah Tinggi, Hakim P.S. Nathan hari ini.

Mustafa mengemukakan saman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman dan memorandum Bersih.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Sebelum Mustafa, Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat juga menang samannya ke atas polis pada 26 Ogos lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya memutuskan Dr Hatta tidak bersalah ketika ditahan oleh polis kerana memberikan satu ceramah di Bandar Muadzam, Pahang.

Pada 10 Jun 2004, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi B. Haji Daud telah bertindak menangakap Hatta dan dua lagi rakannya semasa mengadakan ceramah di Markas PAS Bandar Muadzam Shah kerana mendakwa ceramah berkenaan tiada permit.

Ekoran penangkapan itu, ketiga tiga mereka telah dibawa ke lokap Bandar Muadzam Shah sebelum dipindahkan ke lokap Rompin dan ditahan selama 12 jam.

Mahkamah telah mengarahkan Timbalan Pendaftar membuat taksiran jumlah gantirugi yang perlu dibayar Ketua Polis Daerah Rompin yang menangkap beliau itu.

19 Ogos lalu, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS juga menang samannya ke atas Berita Harian. Mahkamah mengarahkan akhbar itu membayar RM150,000 kepada Mahfuz.

Mahfuz menyaman akhbar itu ekoran membuat laporan kononnya Mahfuz mengajak Datuk Shaziman Mansur (ketika itu timbalan menteri) bertumbuk.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk “Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk”.

Ketiga-tiga kes di atas diuruskan oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin. -Malaysian Insider

No comments

Powered by Blogger.