Hishammuddin and PDRM’s double standards prove that we live in 2Malaysia, not 1Malaysia (Terjemahan BM di bawah)

Press Statement by Teresa Kok, Member of Parliament for Seputeh and State Exco for Selangor on 7th September 2009 at Kuala Lumpur
cowhead1

Source: Malaysiakini.com

Home Minister Hishammuddin Hussein and Polis DiRaja Malaysia’s blatant double standards in the handling of the Shah Alam Cow-Gate protestors make a mockery of Prime Minister Najib’s 1Malaysia.

On 2 September, Hishammuddin defended the protestors who had marched from the Selangor State Mosque to Selangor State Assembly building. The protestors did so as they couldn’t stand the possibility of having a Hindu temple relocated near their area of residence in Shah Alam, claiming that it would offend their Malay-Muslim lives.

As the event was unfolding, police officers merely stood by and watched as the protestors spouted hate speech, threatened violence, disturbed the peace, and brandished a bloody cow-head which they then kicked and spat upon in utter disdain.

The police neither arrested nor penalised anyone at that point in time. Over one week has passed, and despite video evidence, none of the protestors have been arrested for any offence. Is this the government’s way of putting “People First” by permitting protestors who had threatened bloodshed to continue to walk freely among us? Is this the government’s idea of “Performance Now” by allowing police to take their own sweet time to put a stop to sectarian behaviour?

As for Hishammuddin, he showed such sympathy to these protestors’ cause. He claimed that the protestors could not be blamed as “they had no intention at all” to invoke racial sentiments or cause tension. He even defended their illegal assembly, excusing the fact that they had had not obtained a police permit, saying that they had kept the number of protestors to a small number and that they had not disrespected the Sultan.

(Note to future public demonstrators, Hishammuddin has given his tacit approval for future public gatherings. It’s ok to assemble so long as you do it in small groups and show respect to the Sultan.)

And then he made a statement that is a truly a boon for all future public demonstrators. He said, “In this day and age, protests should be accepted in this world, as people want their voices to be heard. If we don’t give them room to voice their opinions, they have no choice but to protest.”

Perhaps taking a leaf from the “guidelines and advice” given by Hishammuddin, the HINDRAF movement decided to hold a candlelight vigil on 5 September in response, attempting to march from Masjid Jamek to Dataran Merdeka in peaceful protest of the cow-head demonstration. These peaceful protestors carried no weapons or sacrilegious objects. They didn’t kick or spit on any religious object. They didn’t threaten any violence.

Nevertheless, the police were ready for them and had closed off access to the square. In the end, the police arrested 16 of them including Human Rights Party leader P. Uthayakumar. Also arrested were HINDRAF leader and Uthayakumar’s brother, P. Waytha Moorthy’s wife and sister.

Why is it acceptable to march bearing the bloody head of a cow which is sacred to Hindus but not to march carrying candles and roses? Which action truly threatens the peace? Which action is truly seditious and creates fear among Malaysians? The double standards here are palpable.

The lesson from these events is that Najib’s 1Malaysia is mere rhetoric. Even the blind can see the truth that Barisan Nasional leaders practice not 1Malaysia but 2Malaysia, where there is one standard for one group of people, and a second standard for a second group of people.

Until the full force of the law is brought upon the Cow-Head protestors, it will remain clear that Najib’s 1Malaysia promise of “People First. Performance Now” is mere sloganeering with no substance.

TERESA KOK

Kenyataan Akhbar oleh YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan State EXCO bagi Selangor pada 7 September di Kuala Lumpur
Sumber: Malaysiakini.com

Sumber: Malaysiakini.com

Sikap Hishammuddin dan PDRM yang “double standard” membuktikan bahawa kami hidup dalam 2Malaysia, bukan 1Malaysia.

Pengendalian kes peserta demo lembu di Shah Alam oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan Polis DiRaja Malaysia’s telah menjadikan 1Malaysia Perdana Menteri Najib sebagai bahan jenaka.

Pada 2 September, Hishammuddin mempertahankan peserta-peserta demo yang telah berarak dari Masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor. Peserta demo berbuat demikian kerana mereka tidak dapat menerima ada cadangan kuil Hindu ditempatkan di kawasan perumahan mereka di Shah Alam. Mereka mengatakan yang kehadiran kuil tersebut akan menjejaskan kehidupan mereka sebagai Melayu-penganut Islam.

Ketika peristiwa itu berlaku, pegawai-pegawai polis sekadar berdiri dan memerhati sahaja ketika peserta-peserta demo mengeluarkan kata-kata penuh benci, mengugat keganasan, mengganggu ketenteraman dan mengangkat-angkat kepala lembu yang mereka kemudiannya sepak dan ludah ke atasnya dengan penuh benci.

Pada ketika itu, pegawai polis tidak menahan ataupun menghalang sesiapa pun. Kini sudah lebih satu minggu telah berlalu, dan walaupun terdapat bukit rakaman video, sampai sekarang, tidak seorang pun peserta demo telah ditahan untuk sebarang kesalahan. Adakah ini bagaimana kerajaan mengamalkan “Rakyat Didahulukan” dengan membenarkan peserta demo yang telah menggugat menumpahkan darah bergerak bebas di kalangan kita? Adakan ini bagaimana kerajaan mengamalkan “Pencapaian Diutamakan” dengan membenarkan anggota polis ‘lenggang-lengguk’ dalam kerja menahan perangai menghasut kebencian dengan pemikiran yang sempit

Bagi Hishammuddin pula, dia telah menunjukkan simpati terhadap peserta-peserta demo. Dia mengatakan peserta demo tidak harus dipersalahkan kerana “mereka tidak berniat langsung” menghasut sentimen perkauman ataupun menyebabkan rasa ketidakselesaan. Dia sampaikan mempertahankan perhimpunan tidak sah mereka, dan tidak peduli bahawa mereka tidak telah mendapatkan permit polis. Hishamuddin memberikan alasan bahawa bilangan peserta demo adalah kecil sahaja dan mereka tidak ada menunjukkan tidak hormat terhadap DYMM Sultan.

(Bagi peserta-peserta demo pada masa yang akan datang, Hishamuddin seolah-olah telah memberikan kebenarannya untuk perhimpunan awam pada masa depan. Tidak menjadi masalah asalkan kamu berhimpun dalam kumpulan-kumpulan yang kecil, dan menunjukkan hormat kepada Sultan.

Kemudiannya, Hishammuddin mengeluarkan kenyataan yang pasti amat dihargai oleh semua peserta-peserta demo masa depan. Hishamuddin berkata bahawa, pada zaman kini, protes harus diterima di dalam dunia, kerana rakyat mahu bersuara mengeluarkan pendapat, dan jika kita tidak memberi ruang bagi mereka mengeluakan pendapat, maka mereka tidak akan mempunyai pilihan melainkan membuat protes.

Agaknya, “garis panduan dan nasihat” Hishammuddin inilah yang dituruti oleh HINDRAF apabila mereka membuat keputusan mengadakan perarakan lilin membantah pada 5 September sebagai tindakbalas, dengan percubaan mengarak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka sebagai bantahan aman kepada demonstrasi kepala lembu tersebut.

Peserta—peserta demo HINDRAF tidak membawa senjata ataupun objek yang biadap terhadap sebarang agama. Mereka tidak menyepak ataupun meludah ke atas mana-mana objek yang dianggap suci oleh mana-mana agama. Mereka tidak mengugut dengan keganasan.

Walaupun demikian, anggota polis telah bersedia menerima mereka dengan menutup akses ke Dataran Merdeka. Pada akhirnya, polis telah menahan 16 orang, termasuk pemimpin Human Rights Party leader P. Uthayakumat. Pemimpin HINDRAF, adik Uthayakumar, isteri P. Waytha Moorthy dan adik perempuannya.

Mengapakah perarakan kepala lembu yang dianggap suci oleh penganut agama Hindu boleh diterima tetapi perarakan membawa lilin dan bunga ros tidak boleh diterima. Perbuatan manakah yang mengugat keamanan? Perbuatan manakah yang menghasut kebencian dan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat Malaysia? Sikap berat sebelah di sini jelas dirasai.

Peristiwa-peristiwa ini mengajar kita bahawa konsep 1Malaysia Najib adalah bohong semata-mata. Yang buta pun dapat melihat bahawa pemimpin-pemimpin Malaysia tidak mengamalkan 1Malaysia tetapi 2Malaysia, di mana ada satu set peraturan bagi satu golongan orang, dan satu set peraturan yang lain bagi golongan yang kedua.

Sehinggalah peserta-peserta demo kepala lembu itu dihukum sekeras-kerasnya mengikut undang-undang, jelaslah bahawa janji 1Malaysia Najib iaitu “Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” adalah slogan semata-mata yang langsung tidak berasas.

TERESA KOK

No comments

Powered by Blogger.