Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) & Penyampaian sumbangan Pelajar UPSR







Hari ini 6hb september berlangsung serentak 2 program iaitu Progran MES dan penyampaian sumbangan pelajar miskin UPSR. Seramai 50 pelajar miskin yang bakal menghadapi UPSR menerima sumbangan ikhlas dari YB.Amirudin Shari sebagai satu galakan kepada mereka.

Sebelum ini, pelajar-pelajar tersebut telah menghadiri Kursus Motivasi "Menggapai Bintang" anjuran Pejabat YB.Amirudin dengan kerjasama 4E Motivation Group. Sementara itu, ramai warga Batu Caves yang mengambil kesempatan mendaftar dengan SMUE, TAWAS, SPR, JPN , JKM , Hadiah IPT dan sebagainya yang turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk bukan sahaja di batu caves malah dari luar.

No comments

Powered by Blogger.