Samy Vellu perlu letak jawatan atau berisiko disingkirkan MIC

Isu mengenai Perwakilan MIC menghina Perdana Menteri IV dan Pengerusi BN III Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) MIC yang baru selepas Ahad lepas mendapat reaksi spontan Presiden MIC semenjak 30 tahun lalu, Samy Vellu. Samy secara unilateral telah mengantung keahlian Perwakilan MIC yang keceluparan itu.

Laporan Utusan Malaysia:

Keahlian perwakilan MIC berhubung kalungan selipar digantung
15/09/2009 4:18pm



KUALA LUMPUR 15 Sept. – Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini berkata perwakilan yang mencerca mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti itu Ahad lepas telah digantung keangotaannya sehingga tindakan lanjut daripada jawatankuasa disiplin parti.

“Saya telah memutuskan untuk menggunakan kuasa yang ada pada saya sebagai Presiden mengikut perlembagaan MIC untuk menggantung keanggotaan perwakilan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan MIC dan mereka bersetuju tindakan itu amat perlu buat masa ini.

Katanya Jawatankuasa Disiplin akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat parti berhubung tindakan yang akan diambil terhadap perwakilan itu.

Samy Vellu berharap dengan keputusan itu, isu berkenaan dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti perwakilan terbabit.

- BERNAMA

******************

Kalau dikaji, Perwakilan MIC yang keceluparan dan biadap itu sebenarnya menyambung kenyataan asal yang dibuat Samy Vellu mengenai Tun Dr. Mahathir yang dikatakan “mencampuri urusan dalaman parti”. Kemungkinan, Perwakilan MIC tersebut sengaja membangkitkan isu yang pernah disebut Samy dalam nada demikian agar mendapat reaksi emosi ahli MIC dan memperlihatkan Samy sebagai Presiden benar benar mengutamakan parti terutama perpaduan (dalam konteks kehangatan pemilihan). Ini sekaligus mengesahkan ‘kelayakan’ Samy untuk terus duduk sebagai Presiden, walaupun setelah tiga dekad.

Oleh demikian, Samy harus bertanggung jawab penuh keatas penghinaan yang dilakukan atas platform rasmi parti, yang mendapat liputan meluas media itu. Samy sebagai Pemimpin yang harus bertanggung jawab penuh keatas tindakan ahli, terutama dalama platform dan kapasiti rasmi sebagai Perwakilan dalam PAT, perlu meletakan jawatan serta merta. Ini merupakan tindakan terhormat sebagai Pemimpin dimana Perwakilan beliau sendiri menghina seorang Negarawan Berjasa.

Sekiranya Samy begitu tegar enggan berundur, maka MIC sebagai parti komponen BN yang mengutamakan kepentingan majoriti dan kolektif melebihi personaliti, wajar mengambil tindakan agar Samy disingkirkan segera. Ini kerana ahli MIC wajar melihat dan mengkaji prestasi lemah dan kedudukan MIC hari ini sebagai rakan kongsi “Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang”.

Samy sendiri dilihat tidak relevan melampaui Perwakilan MIC sebagai Pemimpin mewakili aspirasi etnik India Malaysia. Ini kerana bukan sahaja akar umbi MIC sendiri sudah bosan dengan Samy sebagai Presiden, rata rata etnik India mempersendakan dan kadangkala mencemuh MIC kerana gagal mengantikan Kepimpinan. Bukti jelas ialah etnik India diwakili lapan parti politik. Episod ini perlu dilihat dari perspektif positif kerana ujud peluang untuk mendesak jika tidak menyingkirkan Samy Vellu berundur dan serta merta mengujudkan peluang untuk mene=gembanlikan keyakinan etnik India kembali kepada MIC dan BN.

Kegagalan tindakan lebih drastik melampaui “Permohonan maaf secara terbuka dan pengantungan keahlian” amat perlu untuk menentukan survival parti berusia 63 tahun itu dalam BN dan persada politik perdana. Ini kerana calon MIC selama ini berjaya dipilih atas ehsan undi orang Melayu, yang rata rata dijana oleh UMNO, semenjak pilihanraya pertama 1955. Rata rata sekiranya ahli akar umbi UMNO merasa tersinggung, jika tidak marah, maka kegagalan meraih undi orang Melayu bererti MIC akan terus gagal menjadi wakil etnik India dalam persada politik perdana. 3 orang MP MIC dalam Dewan Rakyat mewakili aspirasi 7% warga Malaysia sudah pun disifatkan sebagai ‘gagal’.MIC perlu BERANI BERUBAH!
TEPUK DADA, TANYA SELERA!

http://bigdogdotcom.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.