Siri Jelajah Terakhir Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Rakyat

KLANG, 15 Sept - Klang Bandar Diraja, merupakan destinasi terakhir siri jelajah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berbuka puasa bersama rakyat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Matlamatnya baginda hanyalah semata-mata untuk mendekati dan membantu rakyatnya yang tidak berkemampuan serta mereka yang masih tidak mendapat bantuan kebajikan menjelang Hari Lebaran nanti.

Selain itu, 16 program Ihya’ Ramadhan baginda ini secara tidak langsung dapat mengimarahkan masjid bukan sahaja untuk aktiviti keagamaan malah berfungsi sebagai pusat kemasyarakatan semua peringkat umur khususnya belia remaja.

Menurut Orang Besar Daerah Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir, faktor kekurangan kemudahan awam serta kurang selesa menjadi punca utama masjid-masjid dalam daerahnya tidak diimarahkan sepenuhnya.

Katanya lagi, melalui penambahbaikan kemudahan asas masjid seperti kemudahan rujukan dan kaunseling, penduduk setempat khususnya belia remaja dapat menggalakkan mereka memakmurkan masjid dengan pelbagai program yang bermanfaat ke arah melahirkan modal insan cemerlang.

Dalam masjlis itu, 400 termasuk anak-anak yatim, fakir, miskin dan saudara baharu diraikan dan masing menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan baginda sendiri di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang petang tadi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.