Semangat Badar al-Kubra sudah dilupakan umat Islam
Oleh NYZA AYOB
Tarikh 17 Ramadan sering diingati dengan turunnya al-Quran. Mungkin ramai terlupa, pada tarikh sama satu lagi peristiwa besar tercatat. Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, peristiwa penting yang diceritakan al-Quran sebagai Yaumul-Furqan (Hari Pemisahan di Antara Hak dan Batil) yang menjadi penentu kepada tertegaknya atau jatuhnya Islam iaitu perang Badar al-Kubra.
Menurut Ibnu Hisyam dalam Sirah al-Nabawiyyah, perang Badar al-Kubra merupakan kemenangan perdana yang menentukan kedudukan dan kekuatan umat Islam mendepani ancaman kaum musyrikin Quraisy. Dalam peristiwa ini, Allah membuktikan janji akan pertolongan-Nya kepada orang beriman dan berjihad di jalan-Nya.
Tentera Islam akhirnya berjaya menewaskan tentera musyrikin yang berjumlah tiga kali ganda lebih ramai, dalam keadaan mereka berpuasa di tengah padang pasir yang panas.
Dalam perang ini kesatuan dan kesepaduan umat teruji dan terbukti. Malah, terbukti keimanan para sahabat yang menyatakan iltizam mereka untuk bersama-sama Rasulullah, walaupun menyedari bahaya menanti di hadapan.
Berbekalkan kekuatan iman dan keyakinan menebal terhadap Allah dan Rasul, mereka terus mara di medan perjuangan. Sesungguhnya Islam tidak memerangi tetapi Islam berperang selepas ia diperangi.
Semua detik-detik penuh cemas, sengit dan hebat dalam perang Badar itu diceritakan Allah secara mendalam dalam ayat 7 hingga 19, surah al-Anfal sebagai peringatan kepada umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam.
Abu Hurairah r.a. menyatakan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah melihat orang yang menyertai Perang Badar, lalu Dia berfirman: 'Lakukanlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku telah mengampunkan dosa kamu!'"
Imam Bukhari r.a. turut menyebut mengenai kehadiran tentera malaikat dalam perang Badar dengan memetik sebuah hadis, maksudnya: "Malaikat Jibril a.s. menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu bertanya, 'Apakah jenis tentera yang menyertai kelompok tentera Badar ini?' Baginda menjawab, 'Daripada sebaik-baik kaum Muslimin, atau perkataan yang seumpamanya!' Lalu Jibril a.s. berkata, 'Begitu juga tentera Malaikat yang menyertai peperangan ini!'
Mungkin ada yang terlupa untuk menghayati serta mengambil iktibar di sebalik perang Badar ini. Menurut tokoh agama, Ustaz Zawawi Yusuf sewaktu dihubungi Harakah, apabila individu itu tidak berada dalam suasana perang, kesan serta hikmah di sebalik peperangan itu tidak dapat dirasai.
Beliau menceritakan, sewaktu tentera Islam dalam perjalanan pulang selepas peristiwa Badar Kubra, seorang sahabat Rasulullah mengatakan mereka baru sahaja pulang daripada perang yang kecil dan dalam perjalanan perang yang besar.
Di kalangan sahabat terkejut, adakah mereka akan berdepan perang yang lebih besar. Rupanya perang yang lebih besar yang dimaksudkan ialah perang melawan hawa nafsu.
Ustaz Zawawi menyatakan, terdapat pelbagai bentuk peperangan. Ada peperangan senjata, ada perang ekonomi dan ada perang pemikiran serta peperangan memerangi gejala murtad dan peperangan nafsu tidak berhenti kerana ia ada dalam diri setiap individu.
Jelasnya, apabila dikaitkan dengan perang, bukan mudah seseorang itu mengorbankan harta dan nyawa sebelum pergi berperang. Dan untuk menyertai perang, kita perlu tundukkan hawa nafsu dahulu baru dapat menundukkan orang lain.
Justeru, katanya, mesej Badar Kubra harus dikembangkan iaitu kita berperang antara iman dan kafir. Beliau memberi contoh peperangan di Palestin hingga ada yang terkorban tetapi iman terselamat kerana mati dalam perjuangan. Tetapi bagi masyarakat hari ini amat membimbangkan sebab syaitan sudah mengisytihar perang.
"Berperang jika kalah, kita akan masuk syurga. Bagaimanapun berperang paling besar ialah berperang melawan hawa nafsu. Berperang dengan musuh hanya sekejap tetapi berperang dengansyaitan ini tidak megira masa. Dan syaitan datang dalam bentuk yang pelbagai.
"Syaitan tepat pada serangannya iaitu serang pada nafsu. Nafsu ialah pendorong. Akal tempat ilmu, hati merasai dan badan menterjemah. Apabila pendorong itu jahat, maka kita akan berbuat jahat," jelasnya.
Ustaz Zawawi melahirkan kebimbangan kerana perang Badar Kubra seolah-olah dilupakan kebanyakan Muslim hari ini kerana dikatakan mereka hanya fokus pada puasa dan tanpa disedari terlupa untuk menghayati hikmah Perang Badar yang juga berlaku pada Ramadan.
"Saya melihat roh jihad hari ini tidak berdenyut. Sebab itu antara kita tidak menyahut iktibar di sebalik Perang Badar itu. Selain itu pertembungan 17 Ramadan yang juga merupakan Nuzul Quran menyebabkan kita kadang-kadang lupa tarikh tersebut juga tersimpan satu lagi peristiwa besar di dalamnya," katanya lagi.
Ustaz Zawawi berpendapat seharusnya kesedaran serta iktibar perang Badar ini dibincangkan melalui forum-forum serta seminar.
"Apabila sejarah serta iktibar di sebalik perang Badar ini dibincangkan, kita dapat menghayati peperangan tersebut bukan sahaja ditakdirkan dalam Ramadan bahkan ditakdirkan dalam serba kekurangan, orang Islam menang dalam peperangan tersebut.
"Dari segi kualiti, di pihak Islam 313 orang berlawan dengan 1000 musuh. Itu suatu 'miracle'. Dalam keadaan perut yang lapar dan berpanas, orang Islam dapat menang," katanya.
Justeru, bagi mengangkat kembali semangat perang Badar serta menghidupkan semula semangatjihad, Ustaz Zawawi mencadangkan agar kisah mengenai perang Badar ini dijadikan tema utama dalam perbincangan menjelang atau sewaktu Ramadan.
Malah, katanya, penggiat seni juga boleh menggunakan peluang untuk mengajak masyarakat mengikuti sejarah perang Badar melalui pementasan teater atau drama.
"Paling tidak, kita juga boleh siarkan filem mengenai perang Badar ini. Dengan tayangan filem sudah cukup untuk kita merasa kehebatan di sebalik perang ini. Apabila menjelang 17 Ramadan, kita boleh menggantung kain rentang atau mengedar pelekat kenderaan 'Kemenangan Badar' atau 'Pertahankan Islam'," katanya.

No comments
Post a Comment