Sewa Rumah PPR Diturunkan Dapat Kurangkan Beban Rakyat : Iskandar
SHAH ALAM, 2 September - Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menurunkan bayaran sewa bulanan bagi rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi mengurangkan beban rakyat dengan menurunkannya kembali kepada RM124 sebulan.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, penurunan kadar sewa ini berikutan aduan yang diterima dari penyewa rumah PPR tidak mampu membayar sewa sebanyak RM250 sebulan.
Keputusan kenaikan sewa bulanan PPR dari RM124 kepada RM250 dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat sekarang cuba menyelesaikannya.
“Sewa telah dinaikkan dari RM124 ke RM250 sebulan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas pada bulan Jun 2007 menaikkan sewa tersebut. Dan untuk membantu penyewa telah menghadapi masalah.
“Pada November 2008, kerajaan negeri Selangor telah menurunkan sewa balik kepada RM124 sebulan bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM1500 yang mempunyai lima orang ahli keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Jelas Iskandar, pengurangan bayaran sewa ini berhak kepada penduduk yang berpendapatan kurang dari 1500 ringgit sebulan tanpa mengira bilangan ahli keluarga.
Manakala, penyewa yang berpendapatan melebihi RM1500 turut layak menerima pengurangan sewa bergantung kepada bilangan ahli keluarga.
Pengurangan bayaran itu akan dinilai dari bilangan ahli keluarga dan pendapatan bulanan mereka.
“Jika mereka yang mempunyai 4 hingga 7 orang anak layak mendapat pengurangan jika pendapatan bulanan mereka kurang dari RM2100. Mereka yang mempunyai 8 hingga 10 orang anak layak mendapat pengurangan jika pendapatan bulanan mereka kurang dari RM2550.
“Mereka yang mempunyai 11 hingga 15 orang anak layak mendapat pengurangan jika pendapatan bulanan mereka kurang dari RM3300,” katanya.
Menurut Iskandar, permohonan untuk menurunkan sewa akan diproses di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak perlu menunggu di bawa Shah Alam bagi memudahkan penduduk berurusan.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment