14 Oktober 2009 - YB Dato' Haji Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan mewakili kerajaan negeri mengadakan satu sesi dialog bersama persatuan peniaga kecil Kelantan.


Sesi dialog itu diadakan di bilik mesyuarat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu dipengerusikan oleh Dato' Husam dan dihadiri oleh Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Peniaga Akid Uda.

Seramai 6 orang dari Persatuan peniaga pasar lama MPKB diwakili oleh pengerusinya Abd Salim B Samad. 5orang dari Persatuan peniaga Akid Uda diwakili oleh pengerusinya Borhan B Md Nor. Dua wakil PMBK turut hadir dalam sesi tersebut.

Sesi dialog tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan mengenai perpindahan mereka ke Bazaar Tok Guru nanti.

Dalam sesi tersebut, mereka merasa tidak puas hati atas syarat yang dikenakan oleh PMBK keatas mereka.
Dato' Haji Husam juga bersetuju untuk menemukan mereka dengan Tuan Guru Menteri Besar bagi membincangkan perkara dengan lebih lanjut selepas persidangan dewan nanti..



http://www.husammusa.com/index.php/kelantan/52-kelantan/342-sesi-dialog-bersama-persatuan-peniaga-kecil

No comments

Powered by Blogger.