52 tahun merdeka, nak buat hukuman syariah 6 sebatan pun masih kelam kabut? Jadi apa Umno dah buat selama tempoh itu untuk memartabadkan undang-undang

Itulah realiti yang berlaku di dalam negara kita. Umno yang mengaku bahawa mereka adalah parti Islam seperti yang pernah diucapkan oleh Mahathir dan Najib. Malah Mahathir sendiri pernah mengaku bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di dalam satu perhimpunan parti MCA beberapa tahun lepas.

Namum, kes sebatan yang bakal dijatuhkan kepada Kartika Dwi Sukarno diatas kesalahan meminum arak baru-baru ini benar-benar menelanjangkan kecelaruan undang-undang syariah yang ada di negera kita yang diperintah oleh Umno sejak merdeka.

Kekalutan kes Kartika bermula dengan arahan penangguhan hukuman kerana ramadhan, kenyataan menteri dalam negeri yang bodoh kerana ketiadaan tukang sebat, kenyataan Perdana Menteri yang meminta agar kartika merayu tetapi sebenarnya tiada Penal Rayuan jelas menunjukkan bahawa Umno yang mentadbir negara ini tidak berminat dengan urusan agama Islam.

Itu belum dicampur dengan pendedahan Kartika bahawa ada beberapa orang lagi yang cuma membayar wang agar tidak didakwa.

Kenyataan ketiadaan tukang sebat oleh menteri itu amat memalukan. Adakah menteri tidak sedar bahawa ada kakitangan penjara pernah menjalankan hukuman sebat secara syariah di dalam negara kita ini. Atau pegawai-pegawai dan pembantu menteri yang hanya makan gaji buta dan memberi maklumat tanpa membuat pemerhatian dan pemeriksaan yang betul?

Malah, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sendiri pernah membuat seminar tentang undang-undang syariah dan membuat demo bagaimana hukuman sebat secara syariah dijalankan.

Jasa Umno kepada Islam hanyalah menjadikan agama ini sebagai pelengkap majlis-majlis rasmi sahaja.

Sebab itu kita tidak hairan kalau majlis artis berpakaian 1/3 bogel pun dimulakan dengan bacaan doa selamat memohon keberkatan dari Allah. Ini kerana, semua itu Umno adalah mahagurunya.

Jadi, tidak perlulah Umno berretorik dan berterus-terusan membohongi rakyat secara constant bahawa mereka sudah cukup Islamik. Hukum menutup aurat dengan sempurna pun gagal diikuti oleh kebanyakkan isteri-isteri menteri Umno.

Janganlah Umno merosakkan imej Islam itu sendiri kerana percakapan mereka itu hanya sedap telinga mendengar tapi mulut berbau najis.

Kini kes kartika itu kecoh lagi apabila pertubuhan Sisters in Islam (SIS) yang turut dianggotai oleh anak-anak perempuan bekas Perdana Menteri terus menghina hukuman sebatan syariah ini dan meminta agar dia dihapuskan.

Ada juga dikalangan ahli-ahli Umno yang cuba menyalahkan Pas kerana tidak menjalankan undang-undang Syariah dinegeri-negeri yang ditadbir oleh PAS. Tetapi mereka tidak sedar bahawa pemimpin Umno yang memerintah di peringkat pusat sendiri yang tidak meluluskan undang-undang tersebut dijalankan.

Bagaimana kerajaan negeri hendak menjalankan hukuman tersebut jikalau Polis sebagai sebuah badan yang menguatkuasakan undang-undang tidak boleh bekerjasama untuk menjalankan peraturan tersebut dan arahan tersebut datang dari Perdana Menteri Umno sendiri.


http://lordazaab.wordpress.com/2009/10/06/52-tahun-merdeka-nak-buat-hukuman-syariah-6-sebatan-pun-masih-kelam-kabut-jadi-apa-umno-dah-buat-selama-tempoh-itu-untuk-memartabadkan-undang-undang-islam/#more-2194

No comments

Powered by Blogger.