Aku Bodoh! Parti Aku Dah Keluar!

"Silap teknikal" punca Shahruddin tidak layak bertanding

PORT DICKSON: Shahruddin Abdul Hamid, 52, yang gagal dalam cubaannya menjadi calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyifatkannya sebagai "silap teknikal".

Shahruddin yang mesra dengan panggilan "Capt" berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kertas pencalonannya kerana pencadang beliau, Ros Hamdan, bukannya pengundi DUN itu.

"Pencadang yang juga isteri saya adalah pengundi Lukut menyebabkan SPR meminta saya untuk mencari pencadang gantian dalam tempoh setengah jam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Sabtu.

Shahruddin yang pernah bekerja dalam industri perkapalan, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pukul 9.10 pagi, sebelum beredar dari dewan itu kira-kira 20 minit kemudian.

Bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata beliau berjaya mencari pencadang gantian tetapi gagal mencari pejabat pesuruhjaya sumpah untuk mengesahkan borang itu.

"Semua pejabat pesuruhjaya sumpah di sini tutup. Saya minta maaf kepada penyokong saya," katanya yang baru semalam mengisytiharkan keluar PKR selepas berkeras untuk bertanding. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.