Amaran angin kencang dan laut bergelora

KUALA LUMPUR 1 Okt — Angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di beberapa kawasan akan berterusan sehingga Sabtu ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini kawasan terlibat ialah di perairan Phuket, Samui di Thailand, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Condore, reef North, Layang-layang di Sabah dan Labuan.

Sehubungan itu, jabatan ini memberi amaran bahawa keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

— BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.