Anjur Debat Intelek,siswa UM berdepan AUKU

Petaling Jaya 09 okt 6.00 p.m | Akibat membawa masuk dua orang ahli politik dan seorang editor sebuah akhbar,seorang mahasiswa Universiti Malaya bakal berhadapan AUKU Isnin ini.

CHAN KHENG FAI,21, di dakwa telah melakukan kesalahan Tatatertib di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar ) 1999 di bawah seksyen 16 ( C) akta tersebut.

Pelajar Fakulti Undang-Undang tersebut didakwa melakukan kesalahan tersebut apabila menjemput Teresa Kok yang merupakan ahli parlimen Seputeh,Wong Nai Che iaitu Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Koh Kok Wee , juruhebah Radio 988 yang juga merupakan penulis artikel akhbar bagi Nyanyang siang Pau, Sin jew Sit Poh dan China Press.

Ketiga-tiga individu berkenaan telah dijemput sebagai hakim bagi program Pertunjukan Debat Bahasa Cina anjuran Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBC UM) pada 12 Ogos yang lalu.

Kheng Fai yang merupakan pengarah bagi program tersebut ,jika didapati bersalah atas pertuduhan tersebut,boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai di bawah kaedah 48 dalam akta tersebut.

Menurut seorang pensyarah Fakulti Undang-Undang univesiti tersebut yang enggan namanya didedahkan, pendakwaan ini dilihat amat bercanggah dengan pindaan AUKU 2009 yang mula berkuatkuasa secara rasmi sejak 1 Febuari 2009.

Pindaan tersebut membenarkan mana-mana ahli politik masuk ke dalam kampus unutuk memberi ucapan dan seumpanya atas tujuan ilmiah.

”Pendakwaan seperti ini amat ganjil.Ianya seolah-olah mempunyai maksud lain kerana mustahil pihak pentadbiran universiti atau pun pihak penasihat undang-undang UM tidak maklum mengenai pindaan itu.Amat mustahil!”

Selain Itu, sumber dalaman dari PBC UM turut menegaskan bahwasanya program debat yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam itu juga telah mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( HEPA ) UM.

Media cuba untuk mendapatkan respon daripada MPMUM berkenaan isu ini tetapi gagal.

Sebelum ini,pihak pentadbiran UM,persatuan-persatuan pelajar termasuk FESKUM 09 turut dilihat membawa masuk ahli politik ke dalam kampus-Mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.