Anwar Buat Depa Kutuk! Dasar Penjilat Kahak Najib

Sambut baik cuti 16 September
Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainudin, Nazura Ngah, Mohd Azrone Sarabatin, Matzidi Dris, Khairul Azran Hussin, Khairunnisa Kamarudin, Haspaizi Mohd Zain dan Siti Haliza Yusop
bhnews@bharian.com.my

Rakyat Sabah, Sarawak gembira Hari Malaysia perkukuh integrasi nasional

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terutama rakyat Sabah dan Sarawak serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gembira pengisytiharan cuti umum seluruh negara pada 16 September sebagai Hari Malaysia dan menyifatkan ia adalah langkah bijak kerajaan dalam serta merealisasikan konsep 1Malaysia.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas, berkata beliau mengalukan keputusan kabinet itu dan ia menunjukkan kerajaan begitu komited dalam menyatu padukan rakyat di seluruh negara.

"Cuti umum ini amat bermakna kerana sebelum ini ia hanya diraikan di Sabah dan Sarawak. Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu membawa pengertian mendalam. Dengan adanya cuti umum ini, rakyat negara ini akan dapat memahami konsep penubuhan Persekutuan Malaysia dengan lebih mendalam," katanya.

Sementara itu, Sabah menganggap pengumuman sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun sebagai cuti awam seluruh negara mulai tahun depan, akan mencetuskan semangat dan iltizam rakyat negeri itu untuk mengukuhkan lagi perpaduan sesuai dengan gagasan 1Malaysia.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman, berkata, 16 September adalah peristiwa bersejarah kerana ketika itu rakyat Sabah yang terdiri pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia seterusnya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan, berkata pengisytiharan itu adalah langkah bijak, berani dan menunjukkan Perdana Menteri komited dalam mewujudkan satu keluarga Malaysia menerusi gagasan 1Malaysia.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pengumuman itu dengan sendirinya menolak dakwaan kononnya wujud sentimen `neo-kolonialisme' selama ini.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong, berkata pengumuman Najib itu akan mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum, sekali gus membuktikan rakyat berkongsi satu negara dalam erti kata sebenar.

Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Senator Datuk Maijol Mahap, berkata pengumuman itu membuktikan Najib tidak mengabaikan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak untuk meraikan pembentukan Malaysia bersama rakyat Semenanjung.

Di KUCHING, Pengerusi Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (Forum) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan, Lihan Jok, berkata langkah itu membolehkan penduduk lebih memahami gagasan 1Malaysia.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datin Fatimah Abdullah, berkata langkah itu boleh mengingatkan orang ramai, khususnya generasi muda terhadap pentingnya tarikh itu.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, menyambut baik pengumuman itu tetapi berharap ia bukan sekadar satu usaha untuk memenangi hati rakyat.

Pengurus acara, Romzie Idris berkata sebagai rakyat Sabah, beliau memang sudah lama menunggu pengumuman itu dan berharap ia dihayati seluruh masyarakat.

Pembantu peribadi, Maslinda Masazing berkata dengan adanya cuti itu, rakyat Sabah dan Sarawak tidak lagi berasa terpinggir.

No comments

Powered by Blogger.