Bagan Pinang:Bn Menang Dengan Undi Pos

Oleh M Faqih

Benarkah petunjuk di Bagan Pinang kelmarin memberi gambaran total bukan Melayu telah kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN)?Telahan itu dibuat setelah mengambil kira 1,387 daripada 1,870 pengundi India mengundi BN, dan hanya 483 pemilih mengundi calon PAS.


Lalu disimpulkan sokongan bukan Melayu kepada Umno melonjak sebanyak 42 peratus di Bagan Pinang.

Tanpa perlu berselindung, siapa sebenarnya penyumbang besar kepada peningkatan tinggi undi dibolot Isa.

Mengapa disembunyikan data 85.4 peratus atau 3,521 tentera mengundi BN.

Dan hanya 14.5 peratus sahaja tentera yang ada keberanian memangkah PAS.

Kelompok undi tenteralah yang sebenarnya melonjakkan majoriti BN. Ukuran itu tidak adil untuk dikatakan pengundi sudah bertaut semula kepada BN.

Ini kerana kalau diambil kira pengundi awam PAS dan Umno hanya dijarakkan sekitar kurang 40 peratus sahaja daripada 6,712 pengundi awam yang keluar mengundi.

PAS mendapat 1,997 undi atau 30.7 peratus, sedangkan BN pula 4,492 undi atau 69.2 peratus.

Jumlah pengundi awam yang keluar mengundi hanya 6,489 undi tanpa diambil kira 223 undi rosak. Sedangkan jumlah keseluruhan pengundi awam yang ada dalam buku daftar seramai 9,060 pemilih.

Ini bermakna seramai 2,971 pemilih awam tidak keluar mengundi. Dan jumlah peratusan keluar mengundi tinggi sehingga 82 peratus sebenarnya disumbang undi pos.

Mengambil situasi itu Isa tidak belum tentu mendapat majoriti berganda tanpa undi pos.

Biar apa pun petunjuk di Bagan Pinang, perkembangan ini seolah-olah mengulangi apa yang berlaku di Ijok pada 2007 dan Pengkalan Pasir pada 2005.

Ini kerana Pakatan Rakyat bangkit semula pada pilihan raya umum. Ketika itu tentera sudah berani kerana Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyyiddin Yassin tidak mampu lagi muncul di Port Dickson.

No comments

Powered by Blogger.