Belanjawan Selangor Kehadapan Basmi Jenayah

SHAH ALAM, 15 Oktober - Mengorak setapak lagi ke hadapan, kerajaan negeri Selangor akan memberi tumpuan khusus kepada faktor keselamatan demi kesejahteraan penduduk di bawah jajahan negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (mTES) mengulas, faktor keselamatan menjadi keutamaan berdasarkan kepada kadar jenayah yang begitu membimbangkan.

Sinonim dengan negeri itu yang begitu mementingkan kebajikan, maka perasaan tidak selesa penduduk di Selangor akan ditangani dengan kadar yang segera dan ia bersifat serius.

” Kita telah mengadakan pelbagai pembancian, apakah yang penting untuk rakyat di Selangor dari pemikiran mereka untuk hidup di negeri Selangor, sebagai sebuah negeri yang aman dan berkebajikan. Menurut mereka, seronok untuk hidup di negeri Selangor tetapi ujian paling besar yang mereka hadapi ialah perasaan takut”,katanya.

Memandangkan kepada masalah jenayah seperti kecurian, rompak dan ragut yang semakin berleluasa ujarnya, kerajaan negeri Selangor bertekad mengambil beberapa inisiatif dan menjadikannya sebahagian daripada agenda kerajaan negeri.

Kerjasama erat akan dijalin di antara pihak polis, Angkatan Relawan Rakyat (RELA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) demi memastikan keselamatan di negeri Selangor terjamin.

Malah jika perlu ujarya, polis tempatan akan diwujudkan untuk memberikan bantuan keselamatan di Selangor.

” Oleh itu kita mengambil kira, keselamatan adalah sesuatu yang sangat dikehendaki oleh rakyat di Selangor. Agenda pembangunan Selangor yang akan kita bawa dalam belanjawan 2010 ini termasuk bagaimana kita akan memperuntukkan sebahagian daripada kewangan negeri Selangor untuk mencuba bersama-sama dengan pihak polis mengatasi masalahnya kurangnya keselamatan di negeri Selangor” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut Exco kerajaan negeri selangor, Teresa Kok, beliau berharap kerjasama yang bakal terjalin di antara pihak polis dan pihak berkuasa tempatan berjalan lancar seterusnya dapat menyasarkan 20 peratus penurunan kadar jenayah menjelang akhir tahun ini.

” Saya juga berharap PDRM tunjukkan kepada rakyat kita bahawa mereka memang serius untuk menangani jenayah di negara kita. Saya ingat beberapa bulan lepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata beliau berikhtiar menurunkan 20 peratus kadar jenayah di Malaysia. Saya berharap, harapan beliau ini dapat diimplimentasikan dengan serius”,katanya.

Malah menurut seorang lagi exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu, kerajaan negeri Selangor sentiasa bersikap optimis dengan menimbang cadangan-cadangan yang berkaitan dengan isu keselamatan dari badan-badan keselamatan yang ada di negera ini demi memantapkan keselamatan di negeri Selangor dan menurunkan kadar jenayah di Malaysia.

” Kerajaan negeri Selangor akan menumpukan isu ini dan dalam belanjawan 2010. Kami mengadakan beberapa rancangan yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam aspek ini misalnya negeri Selangor telah memberi sokongan di mana MPPJ ada satu cadangan untuk mengadakan polis komuniti.

“Program ini di mana MPPJ akan mengeluarkan jumlah yang agak besar iaitu RM 6 juta setahun untuk mengadakan polis komuniti untuk memberi bantuan selain daripada polis yang sedia ada”,katanya.

No comments

Powered by Blogger.