Benarkah mahasiswa UniMAP diperbodoh?
*
Kangar 5 Oktober 2009 07:01p.m │Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengadakan penamaan calon untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010 pada 7 Oktober ini.
Setakat ini, pihak universiti ini tidak pernah mengadakan pilihan raya untuk pemilihan MPP di peringkat kampus. Dimaklumkan bahawa pemilihan MPP tidak diadakan sebelum ini kerana tidak ada calon yang ingin bertanding.
Kepimpinan MPP sebelum ini sepanjang sejarah penubuhan UniMAP adalah produk yang telah dipilih dan ditapis oleh pihak HEP dan bukannya pilihan mahasiswa. Timbul juga persoalan samada mahasiswa UniMAP tidak berminat dengan kepimpinan? Atau ada faktor lain yang menghalang dan mengekang mahasiswa daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus ini?
Sumber dimaklumkan juga tentang prosedur pemilihan MPP yang mempunyai pelbagai keraguan. Dimulakan degan pembelian borang pencalonan dengan harga RM50 dengan hanya beberapai helai borang yang diberikan sahaja. Harga borang ini adalah yang paling mahal berbanding dengan universiti lain. Calon juga dikenakan bayaran cagaran sejumlah RM200 yang sememangnya cukup mahal dan tidak patut dikenakan sedemikian.
Mungkin pemilihan MPP ini dijadikan medan untuk pihak tertentu mangaut keuntungan ataupun dengan peraturan ini dapat mengekang dan mengongkong mahasiswa untuk menyertai proses pemilihan secara demokratik yang telah diamalkan di universiti lain.
Sepatutnya pihak jawatankuasa pemilihan MPP lebih bersikap rasianal dan realistik dalam isu ini bagi membolehkan persaingan dan perlawanan ideologi secara sihat mamandangkan ini merupakan kali pertama pihak universiti mengadakan pemilihan MPP secara terbuka.
Maklumat terkini berkaitan pemilihan MPP UniMAP, sila rujuk http://unimapkini.blogspot.com

No comments
Post a Comment