BN Guna SPR Untuk Kenakan Pelbagai Peraturan Kepada Pakatan Rakyat
SHAH ALAM, 7 Oktober - Barisan Nasional yang dilihat semakin tertekan, mempergunakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mengadakan pelbagai peraturan pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, termasuk mencadangkan supaya Pakatan Rakyat didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
Exco Selangor, Yaakob Sapari berkata, tindakan SPR ini ternyata melambangkan mereka adalah perkakas kepada Barisan nasional untuk mencapai kemenangan selepas tujuh kali tewas dalam pilihanraya kecil lepas.
“Dalam tujuh pilihanraya Semenanjung, rakyat menolak BN, tapi di Port Dickson macam-macam peraturan dikenakan, jadi saya rasa SPR tidak seharusnya begitu.
“Yang mencadangkan untuk wujud pakatan rakyat ini bukan SPR, ini kerja Pendaftar Pertubuhan. SPR mengendalikan pilihanraya tetapi dia bertindakan sebagai pendaftar pertubuhan yang mencadangkan kita didaftarkan dan sebagainya,”katanya.
Yaakub berkata demikian ketika mengulas cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, agar parti pembangkang mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti Barisan Nasional bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan.
Pandangan yang sama turut disuarakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengatakan bahawa pihak SPR sengaja menimbulkan isu baharu dengan mencadangkan Pakatan Rakyat mendaftar sebagai satu gabungan yang sah untuk berkempen.
“Bagi saya tak ada kaitan pun tapi biasalah mungkin tiada apa hendak diperkatakan dan mereka pun tidak suka tengok kita sesama pakatan rakyat ini membantu antara satu sama lain,jadi mungkin mereka rasa tercabar dan mereka melihat formula yang kita ada ini sangat effektif walaupun kita belum ada satu lambang atau bergerak satu parti”,katanya.
Ditanya mengenai cadangan Pengerusi SPR itu, Nik Nazmi berkata kerajaan perlu pinda peraturan sebelum ini di mana mereka perlu mengurangkan bilangan parti untuk mendaftar.
Bagi saya tidak ada masalah untuk daftar tetapi dia orang kena pinda perlembagaan untuk kita nak daftarkan sebab sekarang kalau ikut peraturan sedia ada kita tidak boleh daftar”‘katanya.
Menurutnya, untuk membentuk satu gabungan, pakatan tidak layak kerana tidak mempunyai tujuh parti.
Dalam pada itu, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie berkata cadangan Pengerusi SPR itu bukan perkara baru malah ianya sudah lama dibincangkan diperingkat parti komponen Pakatan Rakyat.
“Idea itu sebenarnya kalau SPR tidak cakap pun sebenarnya perkara itu telahpun di usahakan sejak sekian lama, cuma lagi kita sedang memperhalusi secara mendalam apakah sebenarnya prinsip-prinsip intipati dan juga objektif penubuhan Pakatan Rakyat ini yang kita cadang untuk didaftar dengan SPR”,katanya.
Tambah Shuhaimi, apa yang diutarakan oleh Pengerusi SPR itu telah pun diperbincangkan di peringkat parti Keadilan Rakyat sendiri dan perkara ini telah pun diperincikan juga di peringkat majlis pimpinan tertinggi parti Keadilan Rakyat atau Majlis Pimpinan Negeri dan Majlis Pimpinan Pusat dibawa untuk diperincikan lagi di mesyuarat yang melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.
Menurutnya, oleh kerana ia melibatkan soal dasar dan polisi semua parti, ia perlu dibincangkan diperingkat tertinggi parti dan Pakatan Rakyat.
Katanyanya, usaha itu sudah semestinya akan dikendalikan oleh pemimpin tertinggi semua parti.
Di tanya tindakan SPR menurunkan bahan kempen parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang sehingga mencetuskan kekecohan, Shuhaimi berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul kerana sebelum ini kempen pilihanraya dijalankan seperti biasa.
“Dan pada kita diperingkat PR, apa yang dilakukan oleh SPR ini sebenarnya tidak lebih daripada hanya sekadar mengampu Barisan Nasional untuk mempastikan penyokong-penyokong pembangkang ini tidak kelihatan ramai.itu sahaja tak ada niat lain”,katanya.

No comments
Post a Comment