Cadangan Untuk Pakatan Rakyat Dalam Masa Terdekat Di Bagan Pinang

Terkini cadangan blog ini.

Disini kami mencadangkan Rumah Terbuka PAS Pusat yang selalu diadakan di Taman Melewar, di adakan di Bagan Pinang,N9.

Lebih molek lagi diadakan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh semua Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat di Bagan Pinang,N9. Disinilah Pakatan Rakyat boleh menunjukkan kesatuan dan solidariti dengan mengadakan Rumah Terbuka secara bersama.

Tarikh yang dicadangkan pada 3hb oktober 2009 iaitu semasa hari penamaan calon dimana pada malam 3hb oktober tu boleh diadakan ceramah besar-besaran Anwar Ibrahim,Hadi Awang dan Lim Kit Siang.Tetapi TUJUAN SEBENAR diadakan Open House Pakatan Rakyat adalah meraikan para penyokong rakyat yang datang jauh bersusah payah DARI PELUSUK NEGARA hadir menunjukkan sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat di N31 Bagan pinang,N9.

Masa untuk Rumah Terbuka terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan.kami mencadangkan Rumah Terbuka itu bermula sesudah selesainya penamaan calon.

Kesan dari Open House Pakatan Rakyat ini amat besar dimana:
1]Komitmen untuk menang ada.
2]Menangkis dakyah mainstream media bhw PR berpecah belah terutama di Selangor.
3]Solidariti dan kebersamaan kesemua Parti dalam PR kukuh dan dillihat kukuh.
4]Keyakinan rakyat terhadap PR adalah solid.
5]Penyokong Pakatan Rakyat rasa dihargai.
Idea asal boleh dibaca disini

Suka kami mencadangkan CITRAWARNA 3 BUDAYA anjuran Pemuda Pas disekalikan dalam Rumah Terbuka Pakatan Rakyat di Bagan Pinang pada 3hb oktober 2009 itu.
Ini menjadikan sources Pakatan Rakyat tidak redundant.Amat merugikan jika proposal ini tidak difikirkan.Baca kritikan Aduka Taruna disini.
Baca juga :
Kaizen 1
Kaizen 2


http://baganutama.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.