Duit Babi Pun Isa Samad Rompak?
Mungkin ramai yang telah melupakan tentang satu peristiwa hitam yang pernah berlaku di Negeri Sembilan ini sewaktu Isa Samad menjadi Menteri Besar. Seramai 136 orang telah mati dalam tragedi hitam tersebut. Penduduk-penduduk Bukit Pelanduk yang terbabit dengan tragedi itu masih berdendam terhadap Isa Samad kerana Isa Samadlah penyebab tragedi buruk tersebut.
Penternakan babi di Bukit Pelanduk pada mulanya dilakukan secara kecil-kecilan dengan membina kandang-kandang babi di belakang rumah.Lama kelamaan ternakan babi ini semakin membiak dan mengakibatkan pencemaran alam dan mengancam kesihatan orang awam.
Kerajaan Negeri Sembilan , sewaktu itu Rais Yatim menjadi Menteri Besarnya telah mengambil satu langkah yang perlu dengan menggazetkan satu kawasan seluas 1,200 ekar bagi petempatan khas untuk penternakan babi yang lebih teratur dan sistematik.
Tawaran kepada penternak bagi kawasan baru itu adalah RM8,500 sahaja bagi setiap ekar.Para penternak menerima baik tawaran tersebut dan beberapa penternak telah pun membayar harga sebagaimana yang ditawarkan itu.
Tetapi apabila jawatan Menteri Besar bertukar tangan, daripada Rais Yatim kepada Isa Samad, program pembaik pulih penternakan babi di Bukit Pelanduk itu juga turut berubah.
Geran tanah yang telah dibayar oleh beberapa penternak dengan harga RM8,500 seekar itu tidak dikeluarkan.Malah harga tanah kini telah dinaikkan hingga ke RM160,000 seekar.Para penternak menjadi marah dan menentang langkah Isa Samad tersebut menyebabkan Isa Samad, akhirnya telah bersetuju untuk menurunkan harga kepada RM145,000 dan Isa Samad turut menyediakan cara pinjaman mudah bagi pembelian tanah tersebut.
Isa Samad menyangka para penternak akan berterima kasih diatas penurunan harga daripada RM160,000 ke RM145,00.Tetapi para penternak bukan sebodoh sangkaan Isa Samad.Mereka tidak berpuas hati langsung dan meminta Isa Samad supaya mengekalkan harga asal seperti mana yang ditawar dan telah diwartakan iaitu RM8,500 sahaja bagi setiap ekar.
Isa Samad enggan menurut kehendak penternak babi malah beliau telah mengugut mereka supaya berpindah ke petempatan yang telah disediakan atau masa depan mereka tiada jaminan.
Tiada pilihan lain bagi para penternak melainkan meneruskan penternakan mereka ditempat dan dengan cara yang biasa.Ternakan babi semakin membiak dan pencemaran alam semakin buruk jadinya.Kematian dua tiga ekor babi telah menemukan kita kepada satu era apa yang dikenali sebagai ‘Serangan J.E’
Kerajaan telah mengklasifikasikan kematian dua tiga ekor babi itu sebagai serangan J.E lalu mengambil langkah pengawalan dan pencegahan dengan melakukan semburan ‘methalon’ tanpa kawalan dan dilakukan oleh tenaga yang bukan mahir menyebabkan kematian babi semakin menjadi-jadi.Apakah benar J.E menjadi penyebab kematian tersebut? Ikuti cerita selanjutnya nanti.al husseyn

No comments
Post a Comment